Saturday, September 24, 2011

pErluKaH aKu JatUh ciNtA?




Assalamualaikum...Cinta....kenapa perlu aku tulis sal cinta lagi?aku pn tak tau lah....banyak sangat yang hadir dalam hati ni....aku nakkan seseorang tapi aku tak tahu kenapa dalam masa yang sama aku tak nak...aku jadi "tak berminat" plak....kenapa ngan aku nih?aku tertanya tanya....anehnya aku ni....sebelum ni pun aku tak pernah bercinta or ada someone yang kacau hati aku....aku pun tak pasti kenapa aku cam 2....aku normal ok....emmmmm....




Aku pun tak faham lah kenapa tak ada orang yang berminat kat aku...mybe aku ni tak cantik kot...tapi kan semua manusia 2 cantik cuma kecantikan je yang berbeza-beza...ok aku tahu yang 2 tapi kadang-kadang aku rasa cam plek je sebab orang lain senang je nak cari pasangan tapi aku tak...mybe aku ni terlalu menilai kot...tapi tak salah kan?sebab kita berhak nak memilih pasangan kita selagi tak melanggar hukum syarak....

Zaman sekarang ni aku tengok ramai sangat yang "bercuple"...tambah-tambah yang masih remaja 2...aku pun tak faham apa yang hebatnya "bercuple " ni?nak kata leh kuar,ngan kawan boleh,mak ayah pun boleh gak...nak kata leh beli barang,mintak je lah duit kat mak n g beli...kan senang je 2....xbest ke?lau g ngan pakwe leh diorang tolong bawakkan barang pas2 leh g tempat-tempat lain,g makan-makan.....dah 2 wat apa?wat maksiat lah,zina...ok,aku faham yang fitrah manusia 2 memang lah nak bercinta,mencari pasangan tapi sekarang ni dah melampau lah....kan kan kan?

Tu lah alasan aku tuk tak "bercuple" n aku rasa aku tak salah kot tak "bercuple" sebab ni hidup aku,korang apa kisah(melampaunya aku ni).....aku tak nak lau setakat nak "bercuple" tuk wat maksiat,baik aku nikah cara halal...hidup pun aman n bahagia je....tak payah pikir banyak...juz jadi yang terbaik tuk pasangan kita....fitnah pun tak timbul...mak ayah pun happy...saudara mara pun tak malu sebab dapat saudara cam kita....tak ke seronok 2?

Aku pun berharap gak one day t pintu hati aku terbukak tuk ada pasangan hidup...aku tak lah memilih pun,cuma biarlah yang ada agama....lau tak hebat pun,asalkan dia tahu cara solat n nak belaja....bukannya yang dah lah jahil,pas2 perangai cam ntah apa-apa....orang suh belaja tak nak plak....haru biru sungguh lah orang cam 2....apa-apa pun Insyaallah t akan ada seorang jejaka yang leh jaga aku...

YANGKU DAMBA BUKANLAH HARTA,BUKANLAH PANGKAT,BUKANLAH RUPA....TETAPI KERANA BUDINYA,PEGANGAN AGAMANYA DAN KETAATAN DIRINYA KEPADA ALLAH S.W.T....




Friday, September 23, 2011

NaSiHaT IMAM ABU HANIFAH teNtaNg kEhIduPaN...^^

"Ya Allah,mudahkanlah hatiku menerima nasihat dan mengamalkan perbuatan elok..."aamiin ya Robb...




Nasihat IMAM ABU HANIFAH....
  • Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan...
  • Jangan pula tamak dan berdusta,bahkan hendaklah sentiasa manjaga maruah..
  • Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf..
  • Sentiasa menziarahi kubur dan tempat-tempat berkat...
  • Bercampur dengan orang yang tak baik hanya untuk menyeru ke jalan Allah S.W.T...
  • Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain...
  • Bersegera ke masjid setiap kali mendengar azan....
  • Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang telah diamanahkan...
  • Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu...
  • Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan...
Kredit by NURUL HUSNA(roomate)....

Maaf,aku tak SEMPURNA...^^



Aku hanya insan biasa seperti orang lain,yang punya perasaan dan hati...yang inginkan kehidupan yang sempurna..yang inginkan kecantikan yang kekal....salahkah aku inginkan semua ni?kenapa perlu salahkan aku kerana perasaan aku?perlu ke aku sembunyikan diri kerana aku tak seperti orang lain?kenapa dunia tak nak terima aku?dosakah aku kerana kewujudan aku?hinakah aku?

Mak,maafkan aku kerana aku tak sempurna,ayah terimalah aku seadanya...kerana aku perlukan kasih sayang darimu...aku perlukan dambaan yang boleh memanaskan tubuhkan dikala aku kedinginan...aku perlukan pelukan yang boleh mententeramkan jiwaku...aku perlukan ciuman yang halal bagiku...kerana aku anakmu...aku berhak meminta darimu...

Kawan,jangan salahkan aku atas kejadian untukku...hargailah aku...sesungguhnya aku perlukan sokongan darimu...dekatilah aku seperti insan lain,jangan engkau jauhi aku...peganglah erat tanganku walaupun aku tak seperti sahabatmu yang lain...jangan kau lukakan hatiku...kerana aku inginkan sahabat sejati...yang boleh menemani aku dikala sunyi....

Kekasihku...aku tahu engkau malu bersamaku...tak layakkah aku terima cintamu?jangan lah jauhkan diri dariku kerana aku sangat menyayangimu...seperti kembangan bunga di taman,seperti riuh burung di angkasa,seperti laluan awan yang tiada hentinya...kasihku...jangan engkau tolak cintaku...aku perlukan pengorbanan dan kesanggupan dirimu tuk menjadi watak dlm hidupku....




Ya Allah....Engkau berilah kekuatan untukku...untuk aku kuat dan tabah menjalani kehidupan...kuatkanlah semangatku...supaya aku tidak lalai dengan nikmat-Mu...nikmat yang telah Engkau berikan kepada hamba-Mu...Ya Allah,berilah aku hidayah-Mu,supaya aku sentiasa beribadah kepada-Mu...janganlah Engkau sesatkan aku...janganlah Engkau jahilkan aku...sesungguhnya aku amat takut akan neraka-Mu....lindungilah aku daripada sebarang kecelakaan dan kealpaan...sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Mu Ya Allah...Tuhan sekalian alam...Tuhan yang menciptakan aqal dan fikiran ,Tuhan yang menjadikan langgit dan bumi,yang menjadikan kesempurnaan di dunia ini.....Alhamdulillah,aku bersyukur....

Wednesday, September 21, 2011

LA TAHZAN(JANGAN BERSEDIH) KERANA CINTA..

    
  Seperti yang sedia maklum cinta ini adalah anugerah yang paling hebat bila kita merasakannya sendiri dengan penuh rasa kekhusyukan,keikhlasan dan kejujuran...Bukan nk dikatakan tetapi memg realiti dalan kehidupan..pelbagai orang pelbagai ragam yang perlu kita tempuhi..peringatan kepada pembaca-pembaca blog,jangan sesekali cuba menyakiti hati orang laen dan jangan mempermainkan perasaan orang laen..kerana kita  tak nampak keikhlasan seseorang itu,dan kerana sebab itulah kita perlu menjaga perasaan orang lain..

     Ada banyak kes yang kita digemparkan dalam media-media masa yang mengatakan seorang pelajar membunuh diri,seorang ibu terjun dari atas bangunan,seorang lelaki mengantungkan diri...Ini kerana apa, kerana mereka tidak boleh menerima kejutan di dalam emosi dan perasaan diorang mengenai sesuatu yang indah yang telah mereka lalui pada masa-masa yang diorang telah tempuh..memg islam telah mengariskan dalam Al-quran perbuatan membunuh diri dianggap satu dosa besar malahan telah jelas diberitahu olah mana-mana sumber mengatakan langit tidak terima roh-roh orang yang membunuh diri..

     Gejala sebeginilah kita patot bendung sahabat-sahabat sekalian kerana kekuatan iman yang berada dalam diri diorang belum cukup untuk membentuk diri diorang...(TUDIAH MCMLAH AKU KUAT IMAN SANGAT NAK BAGITAU MCM NEY...HAHAK)....

     Tapi memg hakikat lah apa yang dikatakan itu kerana aku bercakap melalui pengalaman aku yang tak seberapa la,tapi boleh dikongsi dalam blog ney..ney nak bagitau kat korang-korang semua atau u all-u all semua yang peratus kesensitifan (BETOI KA BAHASA AKU??PAHAM2 NOH)..lelaki dan perempuan berbeza..haaaa keputusan akan aku gtau dalam radio ERA FM..hee gurau je...aik hampa senyum noh.....awat pipi hampa merah-merah hahak..back to our discussion hahak..ha kptsan dia lelaki lebih sensitif daripada perempuan..aku tak bohong hampa,memg pada hakikat dia..sebagai contoh cuba korang perhatikan dekat pusat tanjung rambutan golongan muda-mudi yang ramai di sana atas sebb tekanan jiwa/perasaan..

    Haa!!!! satu lagi kat youtube dah banyak dah video orang lelaki yang bunuh diri...aku kat sini bukan nk bela orang laki la tapi yang boya pun laki la yang teroknya..aduuuhhh!!!!dunia-dunia....kepada gurlz-gurlz yang baca blog ney jangan terasa sebb ini adalah peredaran isu-isu semasa...harap-harap memahami apa yang aku katakan ini.....ney baru perkonsian pertama dlam perkonsian kedua aku akan ceritakan memgenai seseorang yang perlu juga kita baca kerana mahukan dijadikan teladn dalan diri kita.....thanks dpd hamba Allah yang kecetekan ilmu

                                                                                                                                   wallahhualam....                                                                                                                                             assalammualaikum..

calOn iSterI....^^





>>Jika nak cari isteri, carilah isteri yang beragama dan berakhlak. Dan jangan berkahwin dengan 6 golongan wanita yang mempunyai sifat-sifat di bawah :

1. Al-Ananah
Wanita yang banyak mengeluh. Contohnya, apa saja yang diberi, tidak pernah mencukupi. Bagi kereta tak cukup, rumah tak cukup dan barang kemas menimbun pun still tak cukup.

2. Al-Mananah
Perempuan yang banyak mengungkit pada suaminya. Contohnya, "Selama ni, duit belanja anak-anak, saya yang bagi". "Mesin basuh tu beli pakai duit saya!"

3. Al-Hunanah
Perempuan yang ingin kepada suami yang lain. Contohnya, dia berkenan bila tengok lelaki lain dan inginkannya.

4. Al-Hudaqah
Perempuan yang gemar terhadap sesuatu lalu memaksa suaminya melakukannya.
Contoh, jika dia nak kereta baru, dia paksa suaminya belikan walau apa cara sekalipun.

5. Al-Buraqah
Perempuan yang sibuk bersolek tanpa mempedulikan amalan-amalan yang lain.
Contohnya, asyik mekap, mengilat kuku, sapu losyen sampai tak solat, tak buat kerja rumah dan tidak mempedulikan suami.

6. Al-Salaqah
Wanita yang banyak bercakap. Asyik nak berleter saja 24 jam. Sikit-sikit nak memekak. Dahla cakap kuat macam duduk sebatu.

Tuesday, September 20, 2011

TAUBAT SEORANG HAMBA

HATI HITAM MENGENANGKAN,
DOSA-DOSA YANG KU LAKUKAN,
OH TUHAN MAHA PENYAYANG,
TERIMA TAUBAT HAMBA BERDOSA


KU AKUI KELEMAHAN DIRI,
KU INSAFI KEKURANGAN INI,KU KESALI KEJAHILAN INI,
TERIMALAH..TERIMALAH,
TERIMALAH TAUBATKU INI.
TELAH AKU MERASAKAN, 
DERITA JIWA DAN PERASAAN,
KERNA HILANG DARI JALAN,
MENUJU REDO MU YA TUHAN.



KU AKUI KELEMAHAN DIRI,
KU INSAFI KEKURANGAN INI,KU KESALI KEJAHILAN INI,
TERIMALAH..TERIMALAH,
TERIMALAH TAUBATKU INI.


DIHAMPARAN INI KU MEMINTA,
MOGA TAUBAT KU DITERIMA..


KU AKUI KELEMAHAN DIRI,
KU INSAFI KEKURANGAN INI,KU KESALI KEJAHILAN INI,
TERIMALAH..TERIMALAH,
TERIMALAH TAUBATKU INI.










Monday, September 19, 2011

CINTA vs cinta...^^

Assalamualaikum....

"Apa 2 cinta?kenapa aku perlukan cinta?apa faedah lau aku mengamalkan cinta?agak-agaknya lau aku ada cinta dalam hati,aku akan bahagia x?"

Kadang-kadang kita terfikir kan cam ner cinta 2?aku pun penah gak,tipulah lau aku kata aku xpenah fikir....sebab setiap makhluk yang bernama manusia mesti dan pasti akan fikir tentang cinta,ada gak yang mengamalkan cinta,ada gak yang bencikan cinta,ada gak yang mengagungkan cinta.....tp thu ke kita apa erti Cinta yang sebenar-benarnya?




Cinta dalam erti yang benar ialah satu perasaan yang tak dapat digambarkan,tak dapat diterangkan,tak dapat dibayangkan,tak dapat diterjemahkan(jiwangnya aku ni...heheh).....2 lah erti cinta bagi aku....memang agak susah nak kenal cinta manusia...kerana ada yang hanya main-main ngan cinta...perolokkan cinta...tak ikhlas ngan cinta.....kenapa benda ni jadi ye?

Cinta manusia ni sekadar di bibir,jarang nak timbul dalam hati....tapi CINTA kepada Allah yang menciptakan langgit dan bumi,yang mencipta cahaya bulan dan matahari,yang menciptakan alam dan sumbernya....yang menciptakan CINTA.....CINTA 2 yang paling nikmat tuk kita merasa....paling senang tuk kita dapat.....paling  manis dan damai....yang kita tak kan lupa di dunia mahupun akhirat.....




Tapi cinta manusia juga yang kita cari dan kejar,kenapa?kerana kita menganggap cinta manusia yang boleh mendamaikan kita(orang yang kata).....CINTA Allah yang tak kan putus,yang kekal abadi,yang tak kan melalaikan kita...betapa nikmatnya CINTA 2...yang boleh membuatkan kita tak tidur lena.....lepas 2 barulah kita jumpa cinta manusia,cinta yang bersandarkan CINTA Allah S.W.T.....

Aku hanya mendambakan CINTA yang 2 je...sebab CINTA 2 tak kan sakitkan hati aku,yang akan jaga aku dari cinta makhluk yang penuh ngan tipu muslihat.....lepas datangnya CINTA,barulah aku nak kenal cinta...sebab aku tak nak ditipu demi cinta.....dan aku pun tak nak awk2 kena yang sama cam aku....jadi kita kejar CINTA ek.......




"Aku mencari CINTA dan cinta...tapi aku tak nak cinta yang bersandarkan nafsu,jadi awk2 pun jangan tau cari cinta yang cam 2,sebab aku sayang awk2 semua"..."biar lah kita ketandusan cinta...tapi jangan kita kehilangan CINTA...ni pesanan tuk aku dan semua awk2 yang baca entry ni....ingat tau...."wassalam




Sunday, September 18, 2011

lelaki...^^

Assalamualaikum...

Slalu sangat kan aku cakap sal wanita,sekarang aku nak cakap sal lelaki plak....lelaki ni cam yang kita tahu,dia seorang manusia yang kuat,tak mengalah,berani,hebat n bagai-bagai lah...mesti lau kita nmpak sorang lelaki 2 nangis,kita akan kata..."eh orang laki apa nangis"...."xmacho ar orang laki nangis".....tp penah tak kita fikir dan sedar yang lelaki ni pun manusia,ada masa perlu sedih dan ada masa perlu marah....

Aku kadang2 memang rasa marah sangat2 lau nampak perempuan yang suh lelaki dia bawak barang,ok xpe lau budak laki 2 yang nak bawak tp kebanyakan bukan cam 2....nape ek?orang pempuan ni xada tangan ke?...xpun tangan diorang wat dari emas,xleh pegang benda lain.....isk...memang xbaik lah cam 2....lau dah memang kita xmampu nak buat,barulah kita mintak tolong....xsalah cam 2...

Kadang2 aku fikir,nape laki susah nak nangis,mybe diorang ni bongkak or angkuh...tapi memang salah tanggapan aku,bukan cam yang aku nilai....diorang pun manusia,ada hati dan perasaan....ada masa diorang nangis dan ada masa diorang tahan nangis sebab xnak orang lain kutuk diorang....lelaki ni terlalu malu lau nak dibandingkan ngan pempuan..

Aku bukan nak kata or hina lelaki....bagi aku tak kisah lah lelaki ni kaya or miskin,kuat or lembek,hensem or xseberapa,diorang tetap perlu dibanggakan....sebab diorang pempuan ada peluang tuk bercinta,ada pelung tuk bahagia....

                "Trima kasih lelaki....trima kasih sebab jadi sebahagian daripada kami....bimbinglah kami jika kami jahil,marahlah kami jika kami salah dan syanglah kami seadanya...kerana kami pun xsempurna..."



Saturday, September 17, 2011

waNitA uMpaMa BIDADARI...^^

      Assalamualaikum...seindah perhiasan ialah wanita solehah...kita selalu dengar ayat ni kan?memang dah sebati dalam darah manusia...tapi kita tahu ke maksud tersirat disebalik ayat 2?mybe ada yang tak tahu lagi....wanita solehah ialah wanita yang menjaga solatnya,menutup aurat,taat pada suaminya,mengerjakan ibadah dan sebagainya tanpa melakukan yang berlawanan dengan perintah Allah S.W.T....tapi tahu ke kita yang ramai dalam kalangan kita yang tinggalkan semua ni?ok...aku tinggalkan sebagai tanda tanya....apa yang aku nak ceritakan memang ada kaitan dengan semua ni....ada kaitan ngan makhluk Allah yang bernama wanita,perempuan,gadis,anak dara,janda,ibu,janda berhias,ibu tunggal,mama dan yang senegara ngan semua 2...



      Wanita adalah fitnah dunia...apa pun yang kita buat,kita pakai,kita makan,cara kita berjalan,cara kita gelak,semua 2 boleh jadi fitnah...tapi,kita sedar tak?tak sedar kan?....maaf,tak semua yang cam 2...selalu aku perhati dan lihat serta nilai,samaada diri aku sendiri or wanita lain,kebanyakan sering kali lupa dan alpa dengan perintah-Nya...aku pun tak tahu kenapa,bagaimana,dan mengapa benda ni jadi...mybe sebab keseronokan dunia...or kejahilan dalam diri....aku terlalu seronok bila tengok gadia yang bertudung labuh,berpurdah,lembut dan sopan je...ada kala aku tertanya tanya...kenapalah susah sangat nak jadi cam diorang?aku tercari cari jawapan....yang aku jumpa ialah sebab malas dalam melakukan ibadah....aku dah jumpa jawapan tapi nape ada lagi yang susah nak ikut?perlu ke kita disuruh hari2?....

     Aku terlihat seorang gadis yang bergelar anak dara di satu tempat...dia keluar dari dalam belukar sambil menangis dan seorang lelaki keluar dari jalan yang sama...apa awak2 semua akan fikir lau nampak situasi ni?aku tinggalkan lagi sebagai soalan tuk awak2 renungkan.....aku terfikir di mana letaknya harga diri seorang wanita?kenapa wanita tak punyai kekuatan tuk melawan nafsu lelaki?sedangkan Sumayyah  pun wanita tapi tangan yang disangka lembut 2 boleh mengoncang dunia....dan menjadi sejarah....bagaimana dengan kita?



      "Aku tidak sempurna tapi salah ke lau aku nak berubah?salah ke lau aku nak jadi yang lebih baik dari hari ni?kenapa tak ada yang nak sokong aku?"...kadang ni lah ayat yang selalu kita fikir....tapi kita selalu je biarkan ayat ni berlalu seperti angin,ada kala ia kembali.ada kala ia berlalu pergi...apa yang kita lakukan hari ni akan mengubah nasib kita pada masa akan datang...insyaallah....jadikan hari ni sebagai pedoman tuk kita kuat pada esok hari dan hari2 yang seterusya.....jadikan marah manusia itu kerana sayang....wsalam



wanita ibarat bunga,bunga yang akan dijaga dengan rapi dan disimpan kemas

Friday, September 16, 2011

Tasawuf dan Tarekat...^^

Tarekat itu ialah JALAN

Jalan ke mana ?

JALAN MENUJU ALLAH.

Apakah langkah2Nya ?

MENGERJAKAN SYARIAAT DENGAN SEMPURNA.

apa itu syariat ?

SYARIAT IALAH PEKERJAAN YG TERDAPAT DALAM RUKUN ISLAM YG 5

Bagaimana dengan Tasawuf ?

TASAWUF IALAH ILMU MENGENAL ALLAH BESERTA SIFAT2NYA JUGA PERKARA2 BUKAN SIFATNYA. ATAU BOLEH JUGA DI SEBUT ILMU TAUHID
DAN CABANG2 ILMU MENTAUHIDKAN ALLAH.


Apa yang kita perlukan dalam ilmu2 ini ?

GURU YG MURSYID

HADIS DAN QURAN (BERIMAM)

PANDUAN DARI PARA ULAMAK.(PARA SAHABAT DAN IMAM2 YG 4)

PENGUASAN ILMU FEKAH YG BAIK.


Siapakah yang perlu belajar ilmu ini?

WAJIB BAGI SETIAP UMAT ISLAM , ANDAI MENGIKUT IMAM SYAFIE , IA MENEPATI SYARAT2 SAH SYAHADAT

Kepada siapa yg utama untuk berdakwah/menyampaikan ?

1) kpd diri sendiri
2)Kepada isteri/suami
3)Kpd anak2 /family/jiran/ saudaramara
4) Kpd masyrakat islam dan bukan islam.

Thursday, September 15, 2011

iNdahNya tIdUr....^^


Assalamualaikum....emmmm...ari ni memang sangat2 sedih hidup aku,aku g kelas lewat....memang best lah aku kena tp aku wat cam xde pape je(dalam hati dah cuak)....memang terbaik lah dia kata...."lain kali lau sape datang lewat,sy kunci pntu...kita baru je kenal,jadi awk xtahu lagi perangai sy cam mana"...terngiang ngiang kat telinga aku....pas dia kata 2,aku memang nak blah ar tp sbb perasaan hormat 2 tinggi dlm hati aku n akal yg waras,aku xwat cm 2....sbb mak bapak aku pn xpenah ajar jd kurang ajar....emmmm.....ni lah pertama kali aku g kelas lwat,sblum ni pn ramai2 g lewat,ni aku sorang je.....salahnya sbb aku tido lewat semalam n aku lupa nak kunci jam....cuainya aku ni.....adeiii.....napelah aku ni slalu je malang(fikir dlm hati).....isk...xbaik kata cm 2....mybe ada hikmah kn...insyaallah.....jadi lepas ni lau boleh jangan ulang lagi benda yang sama n tngok terus je ke depan.....yg dh lepas jdkan pngajaran...supaya benda yg sama xkan ulang lagi.....fuhhh.....powernya ayat aku.....kihkihkihkih.....apa2 pn cubalah jd yang lebih baik......insyaallah.....:)

seronoknye dia tidoooo.....(^_^)

Friday, September 9, 2011

sAhaBaT...^^

Assalamualikum...sebelum aku masuk poli,aku pikir hidup aku ni dah tak bermakna sbb aku tak tahu mana hala tuju aku....bila aku dapat surat tawaran poli,aku mula pikir,betul ke ni jalan terbaik tuk aku?perlu ke aku masuk poli?....hari berganti hari,masa bertukar masa,sampailah masa tuk aku lapor diri kat poli ni...aku rasa seram sejuk,takut lau aku tak leh sesuaikan diri kat poli ni,dah lah aku tak kenal sape2 pn...tp aku kuatkan gak langkah aku ke poli....aku apply poli sebab aku tak nak member2 aku kata kat aku n aku nak sambung blaja lagi,lagipun aku tak dapat u...emmm....aku pun melangkah kat poli ni dengan hati yang takut...matilah aku(dalam hati)....aku daftar nadiorg bagi kunci,B2 1.10...sampai je aku kat bilik,mmg xde sapa2....aku tggu mmber bilik dgn penuh kesabaran....org first yg aku jmpe.....dia ni.....


huhu....masa 2 aku pikir,mesti dia ni jenis yang sombong...cuak lah aku,msti xbest dok dalam bilik ni....dia pn senyum2 cm 2 je ngan aku,mybe lah xknal kn......sblum 2 aku nak kanalkn lah dia ni sape...dia rmate aku,nama dia NURUL HUSNA....kmi pggil dia UNA....hahahaahhah....ni yg aku nak cter ni.....msa aku first kenal kn aku ingat dia jenis sombong...tp mmg salah la tggapan aku....dia ni mmg suka gelak(aku pn xfham kdg2 dia gelak sal apa).....dia jenis yang periang,kdg2 aku gelak sorg2 sbb tngok prangai dia ni......hahahah....alhamdulillah di ni ok...n sekarang ni pn dia still ngan aku...eh bkn yang 2 tp dia roomate aku smpai sekarang........


Yang ni plak MINAH....roomate aku dulu....sekarang ni dia jiran aku....dia ni peminat crita KOREA(sma cm aku)......dia ni agak sporting la...mula2 2 mmg lah dia ni nmpak diam...tp pas2 mmg xdiam lah....mybe sbb bru knal kn.....dia ni blaja sal bisnes,aku pn pening tngok apa yang dia blaja....nak tlg mmg xleh la(aku xpndai pn)...kadang2 aku kesian gak sbb dia kena lari sana sini(g bilik kwn dia je).....apa2 pn gud luck la ek......huhuhu......



Yang sorang ni plak9yang pakai 2dung hitam 2)....dia NURUL LIYANA...aku panggil lyn.....dia lah org yg rapat ngan aku masa minggu orentasi dulu....ngam gak lah ngan dia....dia ni rajin study,sem lepas dapat AKJ(jgn marah ye...huhuhu).....dia ni agak manja lah....srogak ngan dia....hahahah....dia ni jenis yang aku nak gtau pn xthu cm ner....jnis yang xkisah....wat xtahu...tp lau masa dia open,mmg terkejut la.....cm xcaya kata dia.......hehheeh....

Ni lah kisah hidup aku kat poli ni....nmpaknya tafsiran aku sal hidup aku sebelum ni mmg salah lah....yang penting aku hepi ngan hidup aku sekarang ni.....walaupun xlah best ngat tp sekurang kurangnya aku leh enjoy ngan hidup aku(xlebih2 ye)....


ni aku ngan bdk2 klas aku yang mmg sporting sngat2...


UcapLaH taKzIah aTas KeMatIaN isTRiKu...^^



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ucaplah Tahniah Atas Kematian Isteriku !!!

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.


Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli keluarga, saudara-mara dan kaum kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.


Namun demikian, sebelum sempat sesiapa pun berkata-kata, si suami telah berkata, “Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini.” Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu. Si suami meneruskan kata-katanya, “Demi Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.


Maha Suci Allah Ta’ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa baik yang dilakukannya kepada diriku.


Apabila dia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi Muhammad S.A.W: ‘Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam syurga’. Tatkala meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: Wahai Tuhanku, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia. Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.


Ketahuilah kalian, sesungguhnya aku di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteriku telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya. Semoga Allah Ta’ala menerima isteriku dengan keredhaanNya.”

copy from syahirul.com ~

WaNitA....^^


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai. 



Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah



--------------
http://teratakimpian.blogdrive.com/

Monday, September 5, 2011

iNsaN beRnaMa maNusIa...^^

Assalamualaikum....emm....di pagi yang mulis ni aku nak ambik kesempatan tul mintak maaf ngan smua org...errgghh...apa yang aku merepek nih....adeii....ari ni aku nak luah sikit lah sal apa yang aku rasa....alhamdulillah sebab dunia kita ni semakin maju dan semakin moden..cam 2 gak ngan perangai dan perwatakan manusia....terutama yang masih remaja tuh....aku memang tabik lah kat remaja2 sekarang nih,bkn apa tp sebab diorang tuh lebih matang dari aku(ye ke?)......emm...

.Semalam masa aku on the way g Pilau Pinang(bkn aku yg drive),eku tngok lah gelagat manusia...mmg best kn,mcm2 ada...tp xlah sehebat masa on the way balik.....masa aku singgah kejap kat pantai bersih yg dkp ngan RnR 2,mmg terbaik lah apa yang aku nmpak....bukan main sedap g remaja2 nih dok berdua-duaan....2 xpe lg...yg lg bestnya,pakai baju tak cukup kain....emm....aku hairan lah nape diorang jadi cam 2...

Aku faham lah yang dunia nih makin berkembang tp jangan lah sampai cm 2...aku tertanya-tanya,apa agaknya yg mak dia wat kat rumah smpai sanggup tngok anak diorang berkepit sana sini?xsedar ke mak dia?aku bukan nak menghina sesape....tp cam 2 lah realiti zaman sekarang....semua nak hebat,nak cantik tp penah x kita fikir yang xsemua boleh moden?

Lepas 2 aku saksikan plak si mamat ni,hensem orangnya...huhu....tp perangai hampeh....aku rasa budak 2 baru setaun jagung je....bawak motor(motor ayh dia je)...smbil2 2 dia merokok....adeii....nape dia nak bunuh diri dia?padahal dia tahu yang rokok 2 pembunuh no 1....iskk....aku plak yang tolong sakitkan tuk dia....

Emmm....ini sekadar perkongsian je,lau boleh kita cubalah jadi manusia yang xsia-siakan hidup...bukan apa,malu lau orang slalu je cter sal kita,lau cter sal baik xpe gak,leh bangga2 tp ni cter sal keburukan...malu tuh.....emmm.....apa2 pn,cubalah jadi yang terbaik....biarlah orang sekeliling kita mngukirkan senyuman bila jumpe ngan kita......:)

Saturday, September 3, 2011

BuaTmu tEmaN...^^

PeRkAra-peRkaRa yaNg PeRlu diAmaLkaN...^^


  • Dirikan solat dan banyakkan berdoa
  • Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
  • Solat taubat
  • Membaca Al-Quran
  • Bermaaf-maafan sesama rakan
  • Bisikan kepada diri perkara yang positif
  • Muhasabah diri
  • Berpuasa
  • Ingat kematian
  • Kekalkan wudhuk
  • Bersedekah
  • Jaga makanan
  • Berkawan dengan orang yang bijak pandai
  • Berkawan dengan golongan yang miskin(untuk mengifsafkan diri)
  • Berpesan-pesan diantara satu sama lain
  • Menjaga pancaindera
  • Elakkan diri daripada melakukan perkara yang tak berfaedah

MaNusia TaK seMpuRnA...^^

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasaNya
Bagi hambaNya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

SeNyuMaN...^^

Senyuman pengubat lara,
Menyembunyikan seribu duka,
Yang terguris luka,
Berselindungkan sebuah nestapa,
Lalu senyuman hadir,
Memalitkan kemanisan dan keikhlasan,
Memurahkan rezeki,
Di mana-mana kita membawa,
Sekuntum senyuman,
Kita sedekahkan dengan bibir,
Lalu wajah muram pn hilang,
Kepahitan ditelan senyuman,
Lalu terpancarlah kegembiraan,
Nur senyuman.....^^

Friday, September 2, 2011

PeDomAn HiduP...^^


  • Masa lalu semakin panjang,masa depan semakin pendek,namun harapan untuk masa depan lebih besar dari sesalan masa lalu..
  • Keseronokan dalam hidup ialah mampu melakukan apa yang orang lain ingat kita tak boleh lakukan...
  • Senyuman ialah sistem cahaya untuk muka,sistem penyejukan untuk kepala dan sistem pemanasan untuk sesetengah hati..Jadi senyumlah selalu...:)
  • Apa-apapun yang berlaku hari ini..Ingatlah untuk relaks dan jangan lupa senyum kerana hidup ini bukanlah satu masalah tetapi adalah satu rahmat untuk dinikmati...
  • Manusia yang paling gembira tidak semestinya mempunyai segalanya tetapi bijak untuk menggunakan apa yang dia ada...
  • Jangan bergantung kepada kenangan dan jangan mimpikan masa depan tetapi fokus untuk masa ini...
  • Jika seseorang menipu kita,ianya salah dia....tetapi jika ia berlalu lagi,ia bukan salah dia bahkan barlaku kerana kebodohan kita sendiri......