Thursday, April 26, 2012

Susah ke nak jadi Muslimah?



Lihat sahaja peraturannya..
 - Aurat wanita lebih banyak daripada lelaki
 - Wanita perlu meminta izin dari suami bila hendak keluar, tetapi tidak sebaliknya.
 - Wanita menerima harta warisan hanya setengah dari bahagian lelaki
 - Wanita wajib taat pada suami, tapi tidak sebaliknya
 - Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
 - Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri
 - Wanita kurang dalam beribadah kerana adanya masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki

Tapi, pernahkah kita melihat kenyataan sebaliknya..
- Benda yang mahal harganya akan dijaga serta disimpan di tempat yang terselamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berserak bukan?

Itulah bandingannya dengan seorang wanita,
- Wanita perlu taat pada suami. Tapi tahukah? Lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya
- Wanita menerima warisan lebih sedikit dari lelaki. Tapi tahukah? Harta tersebut menjadi milik peribadi wanita dan tidak perlu diserahkan pada suaminya sementara lelaki apabila menerima warisan, dia perlu bahkan wajib menggunakan hartanya untuk anak isterinya.
- Wanita memang harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Tapi tahukah? Bahawa saat mengandung hingga melahirkan maka setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk Allah di muka bumi, dan tahukah? Jika ia meninggal kerana melahirkan maka dia syahid dan syurga menantinya.
- Tahukah? Di akhirat kelak seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu: isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggung terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
- Seorang lelaki wajib berjihad fi sabilillah, sementara bagi wanita jika taat pada suaminya, serta menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah maka dia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjidah fi sabillillah tanpa perlu mengangkat senjata.
- Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui pintu syurga mana saja yang disukainya cukup dengan empat syarat, yakni: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suami dan menjaga kehormatannya.

Wahai saudariku sesama muslimah, tidakkah beberapa perkara di atas menjadikanmu bersyukur telah dilahirkan sebagai seorang muslimah.
Jika kaum wanita mempunyai puluhan alasan untuk menuduh Islam sebagai agama pengekang kebebasan wanita, maka Islam punya ratusan bahkan ribuan pembelaan bahawa ajaran Islam adalah Rahmatan lil ‘alamin. Tak satu makhluk pun yang dizalimi dengan adanya syariat-Nya kerana Allah lebih tahu apa yang tidak kita ketahui.


 PETIKAN : PAKAR CINTA

Tuesday, April 24, 2012

Jika Ingin Mencari CINTA




Wahai kaum Adam, Andai mahu mencari Hawa..
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk Hawa Pula, Andai mahu menerima cinta Adam…
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.
3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya.
Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya?? Siapa yang tahu.. Wallahualam. :)

Tuesday, April 17, 2012

EXAM lagi!!!


Assalamualaikum

Dah lama aku tak update blog ni,bukan tak nak tapi busy sikit maklumlah dah nak exam..miggu depan je..(alahai cepatnya)...tak sempat lagi aku nak merasa puas kat sem ni tiba2 je dah nak masuk sem baru...bila nak masuk je sem baru,azam pun kena lah baru...moga sem depan aku tak repeat la...insyaallah...eh aku mana penah repeat paper tapi lau boleh tak nak semua 2,seksa mak oi nak repeat2 ni...aku tgk budak senior aku yg dah repeat 2 seksa je nak wat jadual diorg...pas2 nak kena study ngan budak junior yang kita tak kenal plak...isk...tak nak lah aku...org kata jauh perjalanan ni luas permandangan,repeat pn cam 2 lah,leh kenal kawan baru tapi semua 2 untuk org lain je,bukan aku....heheheh...ok lah,apa2 pun yang akan berlaku or bakal berlaku,cuba lakukan yang terbaik dalam exam kali ni,lau boleh nak pointer 3.5 ke atas....insyaallah...eh tak habis lagi ni..mggu ni study week n ada pembentangan tuk projek akhir,kitorang yang x pergi LI(latihan industri or practical) kenalah g tengok diorang present...kehadiran wajib katanya(solat yang wajib pn ramai tak buat)...pas2 kitorang kena present plak PROBLEM BASED TASK or coding yang lecturer bagi(dh la aku tak pandai coding2 ni)...banyak benda gak kena buat...sem depan nak kena pk sal projek akhir plak(banyaknya keja...!!)k lah,pengalaman gak 2..apa2 pn buat sebaik mgkin...insyaallah

wassalam... :)