Wednesday, February 8, 2012

Kisah Si Miskin & Si Kaya


Nabi Musa AS memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Orang itu sangat miskin sehingga pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu.
Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS,
 ”Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah S.W.T menjadikan aku orang yang kaya.
Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu,
“Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT.”
Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata,
“Bagaimana aku hendak banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja”!.
Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya.
Ia berkata kepada Nabi Musa AS,
“Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah S.W.T permohonanku ini, agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu. ”
Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata,
“Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah S.W.T.
Lalu jawab orang kaya itu,
“Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah S.W.T?. Allah S.W.T telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah S.W.T telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya”
Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian yang terjadi seterusnya ialah si kaya itu semakin Allah S.W.T tambahkan kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah S.W.T mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana dia tidak mahu bersyukur kepada Allah S.W.T.
 Semoga ada ruang yang diberikan oleh Allah, untukku merasai dan mensyukuri nikmat Allah S.W.T…

Saturday, February 4, 2012

Bolehkah Lelaki Dan Perempuan menjadi “kawan”? Hanya kawan?


Assalamualaikum...entry ni saya ambik drp blog yang saya lawat...moga mendapat manfaat dan menjadai jawapan kepada apa yang korang cari selama ni...
"Lelaki,jejaka, teruna, apapun gelarannya maknanya tetap sama. Ada antara mereka sesuai dijadikan kawan. Saya panggil mereka jenis sahabat. Mereka membeli belah, bergosip dan menonton waang dengan anda. Apabila kita bercakap tentang teman lelaki kita kepada mereka, mereka akan mendengar dan memberi komen. Saya pasti anda memiliki kawan lelaki sebegitu.
Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik.
Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? Dia juga bukan gay. Hahaha, ini agak rumit juga. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya. Tidak ada tarikan seksual. Kelakar, tetapi saya sendiri tidak dapat menjelaskannya.
Waktu ini, datang pula lelaki yang memberikan anda perasaan-perasaan itu. Ciri-ciri seorang teman lelaki. Bagaimana anda boleh tahu? Saya selalu percayakan kata hati wanita. Ianya sangat kuat, jadi gunakannya! Ini adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja. Dia akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah cinta.
Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang sama, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh.
Ada satu jenis lagi, saya gelarkannya The Façade- anda berdua hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa “gila” terhadapnya tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. Ini adalah kategori yang sukar. Mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan? Sembunyikan perasaan dan bersedia untuk patah hati setiap kali dia berbicara tentang gadis kesukaannya? Kedua-duanya akan membuatkan anda buntu.
Jika anda jenis yang berani, saya cadangkan anda mengaku sahaja. Sekurang-kurangnya anda akan merasa lega apabila mengetahui apa yang anda patut tahu. Sekarang terpulang pada pertimbangannya. Sekiranya dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan anda, sekurang-kurangnya anda tahu. Jika itu berlaku, saya cadangkan anda teruskan hidup selepas sesi pengakuan yang telah membuatkan anda rasa janggal. Pandang ke hadapan, jadilah gadis yang kuat dan teruskan hidup. Sebaliknya bagi saya, secara peribadinya saya akan menolak pilihan ini.
Jadi, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup anda? Sahabat? Teman lelaki? Atau the façade? Agak sukar untuk mengkategorikan mereka kerana ada antara mereka adalah campuran daripada ciri-ciri itu, menghasilkan hybrid yang tidak dapat ditafsirkan. Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan..."

p/s:nak berkawan n bercinta 2 tak salah,cuma bila berkawan n bercinta,kenalah tahu batas2 antara lelaki dan perempuan..jgn ikut kata hati pasangan je...fikir pasal agama..moga kita tak melakukan apa yang dilarang oleh agama..insyaallah


Friday, February 3, 2012

Dilema



Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya


Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Wednesday, February 1, 2012

MANA PILIHAN AKU????? ERRRRRRRRRRR



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
... ... ...
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....

Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat       dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)

3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh d
elete je


KAHWIN CARA MELAYU ATAU KAHWIN CARA ISLAM?


Apa yang ingin dikongsikan adalah sebuah artikel yang menarik tentang perkahwinan muda mudi. 


Ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat Melayu sekarang. SYABAS buat gadis tersebut dan suaminya!!!


Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya.


Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.


Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai IBRAH bersama.


BACALAH!

**********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. 

Jadi, mengapa berkahwin? 

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” 

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. 

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. 

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. 

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. 

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. 
KAHWIN CARA MELAYU ATAU KAHWIN CARA ISLAM?

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. 

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. 

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. 

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? 

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. 

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. 

Tapi cuba fikir, perlu tidak? 

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? 

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. 

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. 

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding? 

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. 

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. 

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. 

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? 

Harga lampin pakai buang? 

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? 

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. 

Pening!! 

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. 

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. 

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. 

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. 

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. 

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. 

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. 

Buat apa menyusahkan suami? 

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. 

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. 

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. 

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. 

Berkahwinlah! 

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

******************************************************************************************************************************





Betul tak apa yang dia kata tu? 

"Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat..."




jom try?????


ada perasaankah hampa?????

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..


"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Moral : Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through..

korang pernah buat salah satunya masa kecil:

korang pernah buat salah satunya masa kecil:

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat. 

4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'v'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

Betul x???? ♥