Tuesday, October 18, 2011

penceraian part 4

PENYELESAIAN
    Segala penyelesaian semuanya terletak pada individu sendiri kerana kita semua sudah mampu berfikir baik dan buruk sesuatu perbuatan itu,sudah jelas diwar-warkan oleh Rasulullah pada zaman kegemilangan baginda yang telah menjelaskan bahawa “sesiapa yang beramal dengan Al-Quran dan Hadis baginda nescaya akan mendapat keredhoan,ketenangan dan kebahagian hidup di dunia serta akhirat.
    Bukan dikatakan penceraian itu tidak boleh,boleh jika pasangan itu tidak mampu untuk meneruskan rumahtangga mereka.tetapi perlulah meneliti adakah kerana sedikit sahaja masalah sampai berlakunya kes-kes penceraian,sebab itulah kita perlu sentiasa muhasabah diri kita sentiasa mengingati Allah S.W.T doa itu antara senjata buat orang mukmin.
   Jika kita berfikir sejenak,jika berlakunya keruntuhan rumahtangga diibaratkan seperti runtuhnya masjid yang kita bina.perkahwinan adalah alam yang membawa kenikmatan yang berbeza daripada hihup seorang diri,percayalah jika kita hidup dalam keseorangan pasti kita tidak akan berkembang daripada segi pemikiran,pangalaman dan kematangan dalam menempuh asam garam kehidupan kita.

penceraian part 3

KESAN
    Antara kesan yang diperoleh adalah hidup anak-anak pasangan tersebut terabai dan akan kurangnya kasih sayang dari ibunya sendiri.Selain itu,kemungkinan besar perangai yang dilakukan oleh ibu bapa mereka akan terbawa-bawa dalam kehidupan mereka pada masa hadapan.Kes-kes runtuhnya rumahtangga semuanya berpunca daripada ketidak sabaran pasangan tersebut hal ini menyebabkan semua keputusan yang dilakukan semuanya mengikut hawa nafsu semata-mata.
   Buah mulut orang pun akan berlaku daripada segelintir masyarakat,”YE LAKAN MULUT TEMPAYAN BOLEHLA KITA TUTUP,MULUT MANUSIA??????”,itulah bahasa dan perumpamaan yang sesuai diberikan untuk masyarakat.Tatkala dunia sudah moden dan mengikut pada seseorang itu telah mendapat nama di dalam hati peminat jadi bermacam-macam la buahan mulut orang,ada yang menyukai perwatakan seseorang sudah pasti mereka sanjung tinggi tetapi sebaliknya????
   Selain itu tali persaudaraan sesama agama islam akan terputus,hal ini sedemikian amat dilarang oleh Rasulullah dan dibenci oleh Allah.Jika tali persaudaraan terputus mulalah ketidak puasan hati berlaku di dalam masyarakat dan akan berlakulah perbuatan-perbuatan khurafat-khurafat dan tahyul-tahyul seperti santau,sihir dan macam-macm lagi.

penceraian part 2

penceraian khuluk(part 1)


          Dalam situasi sebegini yang kita perhatikan ianya melibatkan kepada penceraian melalui satu peroses iaitu khuluk.Sebenarnya penceraian khuluk ini dikenali sebagai penceraian tebus talak,ini berlaku apabila si suami enggan menceraikan si isteri kerana si isteri tidak boleh hidup lagi dengan si suami dan si suami sebenarnya tidak setuju dengan penceraian ini.Perceraian khuluk ini boleh dikatakan lebih menjerumuskan kepada tebusan seperti contoh wangan atau harta benda yang membolehkan si suami itu setuju untuk melepaskan si isteri itu.
        Seperti dalam situasi Saida atau dikenali kakak Siti Nurhaliza,beliau menawarkan kepada bekas suaminya Mohd Ghazali Yahya Fikri sejumlah wang RM1000.Pada mulanya bekas suaminya Mohd Ghazali tidak bersetuju dan enggan untuk melafazkan talak selepas itu,bekas isterinya Siti Nur Saida mengambil altenatif lain dengan membawa kes mereka ke muka pengadilan.
        Akhirnya keputusan penceraian mereka diputuskan oleh hakim,itu pun atas kerelaan dan keredoan suami untuk memberikan keputusan ini kepada hakim untuk memutuskan keputusan rumah tangga mereka dengan cerai talak satu.Seharusnya perkara sedemikian harus dielakkan kerana ia ditegah dalam agama islam.Allah amat membencikan penceraian kerana dengan bercerainya boleh berenggangnya tali persaudaraan sesama seagama sendiri.
         Kita sudah ada contoh atau senang dikatakan roll model kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W,jadi cuba kita mengikuti segala yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W kerana kadangkala apa yang Rasulullah lakukan mendatangkan faedah kepada kita semua.

Sunday, October 16, 2011

PrOgRaM kEhIdUpAn MaNuSiA....^^



Assalamualaikum....penah tak sebelum ni kita berfiir yang kadang2 kita kat atas n kadang2 kita kat bawah,orang kata hidup kita ni macam roda...betul gak kan apa yang orang kata 2...aku plak rasa hidup kita ni cam satu program yang sentiasa berjalan dan akan berhenti bila sampai masanya...korang nak tahu cam mana?ok,aku tunjukkan....kat bawah ni aku nak tunjuk program 2...


#include <iostream>
using namespace std;
void main( )
{
      char mati  ;
      for(char mati = 1 ; mati == bila dah sampai masa ; mati xleh tambah)
            cout << "Alam Barzakh "<<endl ;
          
}


Ni contoh program kehidupan mggunakan bhs C++(for)...(aku xterer pn)...kehidupan kita ni cuma seketika,bila dah sampai masa t,kita akn tinggalkan dunia ni...sma ada kita suka or x...kita nak or x sebab kematian ni bukan milik kita...pergilah kita ke alam berzakh yang kita pun xthu lg nsib kita cm mna....harap kita tergolong dlm golongan hamba2 yg beriman...aamiin....

wassalam....


Friday, October 14, 2011

WaNitA dAn ZiNa...<---- ReNuNgAn BeRsAmA...^^


Assalamualaikum...hari ni aku dapat banyak citer,ada yang baik n ada gak yang tak elok...citer apa ek?citer sal pempuan la...sal apa lagi...aku rasa aneh la..kenapa lah macam-macam jenis pempuan kat dunia ni...kalau yang baik,baik lah..lau yang buruk,memang buruk sangat-sangat....sakit mata ni nak tengok...memang pempuan ni jenis yang aneh or isk..tak tahu nak kata lah...tension aku cam ni...sakit mata aku ni....

Hari ni aku ternampak satu family 2,romantik sangat...suami dia tolong pakaian helmet tuk istri dia,sejuk je rasa,mesti bahagia hidup diorang kan...alhamdulillah...tapi kan,memang susah nak nampak yang cam 2,sekarang ni kebanyakannya si suami n istri wat keja masing-masing...ko ngan keja ko,aku plak ngan keja aku....hidup ko,hidup ko la...tak de kaitan ngan aku.....iskk...apalah masalah kan sampai jadi cam 2....

Petang tadi aku masuk satu blog 2,lupa plak nama blog dia....salah satu yang aku baca ialah sal sorang pempuan yang dah berkahwin,si suami 2 bakar dia punya kemaluan sebab si istri curang....masyaallah...sampai cam 2...tapi memang patut lah pun si istri kena cam 2,gatal sangat nak curang,duduk diam-diam jaga suami tak nak....nak jugak menggatal...gatal lah ngan suami sendiri...sekarang ni pun macam-macam yang kita dengar sal rumah tangga,lau yang baik 2,alhamdulillah la..tapi lau yang tak baik 2,sakit telinga nak dengar...mata ni dah letih nak baca citer-citer sal 2....

Ada plak yang sorang ni,istri orang gak...suami g keja,dia boleh bawak orang laki masuk rumah...astagfirullah...apa lagi yang diorang buat dalam rumah 2,tak kan la nak main masak-masak kan....mestilah berzina....cam 2 nak jadi seorang ibu contoh bila dah ada anak nanti?aku tak yakin lah makhluk-makhluk cam ni leh jadi istri solehah...

Aku hairan lah ngan perangai manusia cam ni,nak kata orang tak ajar,dah ajar...nak kata tak tahu,kat sekolah pun ustaz/ustazah dah sebut...mustahil lah tak tahu lagi....memang lah manusia ni tak sempurna cam yang aku kata kat entry aku yang lepas,tapi tak kan selama-lamanya nak jadi bengap,bodoh,jahil kot...ubah lah secara slow-slow lau tak leh cepat...susah sangat ke?

Sama-samalah kita menuju ke NEGARA perubahan kerana nescaya kita akan menjadi insan yang berkualiti sama ada dari segi akhlak mahupun ibadah....nasihat tuk diri aku juga....insyaallah...

wassalam...

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." ( QS. Al Israa’: 32)

Thursday, October 13, 2011

KeHiDuPaN...^^



Assalamualaikum...petang ni aku nak cerita sal kehidupan....setelah aku kaji selidik episod-episod kehidupan manusia,aku dapati bahawa hidup manusia ni penuh dengan kepalsuan,kemunafikan,pembohongan,kehipokrikan dan seebagainya...penah tak korang-korang semua alami pengalaman ni?mesti penah sebab sebagai manusia kita mesti akan rasa apa 2 susah dan apa 2 senang....sebagai mukadimah petang ni,aku nak berpantun sikit....

Mohammad Hassan anak Jailani,
Siti Fatimah Anak Pak Man,
Siapalah kita pada hari ini,
Tepuk dada tanyalah iman....

Kadang-kadang dengan keseronokan dunia ni,kita sedar tak apa yang sedang berlaku dan berubah disekeliling kita?ada yang sedar dan ada yang tak kan,samalah kita....tapi penah tak kita ambik masa tuk fikir apa yang sedang berlaku...korang penah dengar kan istilah kawan makan kawan?of couse penah sebab boleh kata hari-hari kita nampak situasi ni.....cuma kita ambik berat or tak je....




Aku sebagai makhluk yang kurang ilmu ni nak cakap lah sikit,ni dari apa yang aku tonton la...kebanyakan kita ni memang kurang setia kan...tul tak?sebab kita ni selalu nak jadi pembohong...depan lain,tepi lain,belakang pun lain...tak tahu nape...mybe sikap kot....tak pun suka tiru orang....nampak je orang cam 2,kita pun nak tiru... apa lah nasib kita ni kan...hidup yang penuh ngan pendustaan....teruk teruk teruk teruk.....

Ada gak yang aku nampak jenis manusia yang suka tikam belakang kawan/orang...pantang nampak orang 2 kat atas,kita pun nak downkan dia...nak hapuskan dia,nak biar dia jatuh...lagi padah kalau dia 2 kawan baik kita sendiri kan....padahal apa salahnya lau kita ambik ilmu dari dia,tanya dia apa yang perlu kita buat tuk jadi cam dia...lau dia tak nak gtau,tak pelah,kita tanya orang lain plak...beranggapan baik la ngan dia,manalah tahu satu hari nanti dia nak perlukan kita ke...tak ke bangga 2...
tapi bukan senang nak jadi baik kan,nak ikhlas lagi...susah...aku faham 2...tapi tapi tapi kita boleh cuba kan kan kan?mesti lah boleh...so tak de alasan nak jadi manusia cam kat atas tadi...

Lagi satu,aku cukup menyampah ngan makhluk yang jenis talam dua muka ni...dia g sebelah sana,dia citer sal keburukan kita,bila dia datang kat kita,dia citer keburukan orang kat sana,nak laga-lagakan orang je keja dia,dia ingat kita ni ayam ke nak laga-laga...pas2 mula lah peperangan...aku kata kat ko,ko kata kat aku...maki hamun,tumbuk menumpuk n macam2 lah bila dah gaduh...iskkk...sedih aku tengok....cam dah xde banda lain dia nak buat....dah 2 dia leh wat muka tak bersalah je...ada ke patut,memang tak patut la orang cam ni....

So,kita kita kita ni,yang nama manusia ni kenalah pandai nak corak episod hidup kita,tak kan lah sepanjang tahun tak de langsung kebaikan yang kita buat,teruk benor le 2....lau setakat sekali pun jadilah,bukan apa tapi juz nak menyeru ke arah kebaikan je....orang marah 2 bukan sebab orang benci tapi sebab orang sayang...ni nasihat tuk diri aku jugak...manusia mana tak buat dosa....manusia tak sempurna....sebagai penutup,ada pantun lagi....

Sungguh cantik cahaya bulan,
Tambah berseri dengan cahaya pelita,
Marilah sama-sama tambahkan amalan,
Untuk corakkan kehidupan kita..

Wassalam..


Monday, October 10, 2011

KAWAN dan kawan...^^

Suatu hari di sebuah rumah....

KAWAN : Assalamualaikum...xsolat ke?
kawan : kejap2,t aku solat..ada keja sikit nih....

5 minit kemudian....

KAWAN : aik...xubah tempat lagi ke?dah solat?
kawan : em...t lah,aku ngah buzy nih,banyak keja...

10 jam kemudian....

KAWAN : ishhh...aku tengok ang ni dari tadi dok kat sini...zohor xubah,asar pn xubah...la ni dah isyak...tapi                ang tetap kat sini...bila ang nak p solatnya....

kawan : ala...t aku solat lah...isk...ang ni...p jauh2 p...

KAWAN : ang dok wat pa dari tadi ni?aku tengok tekun bukan main lagi....

kawan : eh....dok wat keja lah....

KAWAN : keja pa banyak ngat,meh aku nak tngok...owhhh...ni keja ang....dok berfacebook....patut la tekun cm nk mampuih....astagfirullah...

kawan : erkk.....

p/s...pandailah dalam menguruskan kehidupan,banyakkan amalan sebelum tiada peluang tuk melakukan amalan....wallaualam


Saturday, October 8, 2011

kEmbaRa HaTi...^^


UsTaZ AzHaR IdRuS...


Assalamualaikum...malam ni aku nak cerita something yang leh wat hati aku tenang...first aku ada fb masa aku habis form 6,dalam setaun yang lepas...masa2 member aku yang tolong buatkan sebab aku ni tak tahu pape pun sal IT ni...dah 2 aku jumpe sorang mamat dalam fb ni...ok lah...kami banyak cakap sal agama...alhamdulillah sebab dia tak menggatal...

Lepas 2 dia rekomen aku satu page ni,mula-mula aku risau gak la tapi aku masuk gak page 2...ni yang aku nak citer...hahhahah....mula-aku masuk,pas2 aku pun like la sebab nak tahu lebih lanjut lagi sal page ni...korang tahu tak page apa yang aku like,kompem tak tahu...page yang aku masuk 2 page USTAZ AZHAR IDRUS...seorang ustaz...

Sebelum ni aku memang tak kenal n tak tahu pun pasal ustaz ni...pas aku dah jelajah dia punya wall,baru aku tahu...ustaz ni seorang yang berilmu,kelakar,suka ngan kamera,suka fotografi n macam2 lagi...pas2 aku mula masuk,masuk n masuk page ni....aku mula minat pas2 dah jatuh hati....hari2 aku jenguk walaupun cuma like je apa yang ada....banyak ilmu yang sebelum ni aku tak tahu pun aku dapat kat wall ni....


So,aku dah berkenan lah kat page 2 n aku jadikan sebagai rutin harian aku tuk jelajah page 2...ramai yang dah memang kenal ustaz 2 n dah mesra ngan dia...dia punya ceramah pun best walaupun kadang2 aku susah nak faham....apa yang penting,ilmu 2....hari berganti minggu,minggu bertukar bulan,bulan bertukar tahun...alhamdulillah aku still lagi suka kat page 2...walaupun aku sibuk cam mana pun,aku tetap akn jenguk....

Aku nak ucap trima ksih banyak2 kat budak 2 sebab kenalkan aku ngan ustaz AZHAR IDRUZ....walaupun juz kenal dalam dunia maya tapi ia membuatkan aqal aku berfikir dan menerima banyak ilmu....alhamdulillah...dan kepada sahabat2 kat page 2,trima kasih sebab ambil berat kat aku mula2 aku masuk page ni...n kat abg Muhammad Saufi Al-Wildan...tq so much...hanya Allah yang boleh balas jasa abg....wassalam

Thursday, October 6, 2011


Assalamualaikum...pagi ni banyak ilmu yang aku dapat bila bkak mukabuku...ada yang berunsur positif dan ada gak yang negatif....mukabuku ni bagus tuk yang hasil yang baik tapi xbermanfaat bila ianya menjadi tempat tuk lepaskan kepuasan diri dan nafsu....pilihlah orang yang kita nak add sebab insyaallah banyak ilmu yang bermanfaat sebagai hasil....dan aku beruntung sebab kebanyakan yang aku add banyak memberi aku nasihat walaupun secara maya...walaupun secara tersurat atau tersirat....alhamdulillah...demikian tuk halwa pagi ni(ayat baku lah plak...heheheh)....wassalam



Wednesday, October 5, 2011

pAgI yaNg IndAh...^^



Assalamualaikum...mulakan pagi ni dengan perkataan alhamdulillah kerana masih lagi diberikan peluang tuk hidup di dunia dan diberi peluang tuk bertaubat...pagi ni hujan,sejuk je...subhanallah,Allah Maha Besar yang menciptakan hujan untuk hamba2-Nya...mulakan perkataan syukur,moga sepanjang hati ni kita mendapat keberkatan dan sentiasa dilindungi-Nya....aamiin

Sunday, October 2, 2011

keNapA mEsTi WaNitA???


Assalamualaikum...wanita lagi...kenapa mesti hal wanita yang aku tulis???sebab wanita ni kan hiasan dunia...semua benda kat dunia ni ada kaitan ngan manusia bernama wanita...jadi wanita ni terlalu penting untuk didebatkan...kadang2 wanita ni jadi isu yang hebat diceritakan.....

Wanita sekarang ni memang berbeza sangat2 dengan wanita yang dulu2...sebab wanita sekarang ni tak tahu nak menutup aib diorang...cam yang kita tahu,wanita ni adalah peneman hidup lelaki...tetapi ada jugak yang jadi perosak hati lelaki...aku bukannya nak mengkritik wanita sebab aku pun wanita gak...dan sampai bila2 pun aku tetap wanita...sebab 2 lah aku nak menegur makhluk yang sama dengan aku....

Aku pun tak lah sebaik baik manusia tapi tak salah kan aku nak bersuara...aku tengok wanita sekarang ni dah tak ada rasa malu...perpakaian tetapi telanjang,tak senonoh,kurang ajar,tak tahu hormat orang lain dan sebagainya....kalau dulu kita dengar je nama wanita,mesti kita akan fikir yang wanita ni sopan,lembut,berbudi bahasa...tapi sekarang dah berubah....semuanya dah terbalik....

Aku rasa cam malunya aku kerana aku seorang wanita...kalau dulu aku berbangga jadi wanita,sekarang tak lagi...tapi aku bersyukur dengan nikmat yang ada....alhamdulillah...naikmat yang kita dapat sebagai wanita 2 lah menjadikan aku kuat...dalam dunia yang serba moden ni,macam2 masalah yang timbul akibat daripada perbuatan wanita....buang anak,maksiat,zina...

Tak kisah janda or anak dara,semuanya sama....dah tak ada sifat malu dalam diri...bila hati dah ditutup daripada terima NUR...macam 2 lah jadinya....aku bercakap tuk diri aku jugak....tak guna lau berharta n berupa..tapi cetek ilmu agama...kehormatan diri dilelong sana sini...yang tinggal cuma jasad yang kaku...tunggu masa tuk ke alam berzakh....

Alangkah dilemanya kita saat ni kalau pintu hati masih tertutup rapat daripada hidayah-Nya...sampai bila perlu lalui kehidupan yang entah bila ada noktah....sama2lah kita renungkan...nasihat tuk diri sendiri....wassalam