Monday, January 30, 2012

ePiSod Ini..


Assalamualaikum...

Kehidupan manusia diibaratkan seperti roda,ada kalanya diatas dan ada kalanya dibawah...cerita tentang episod kehidupan seorang manusia yang sering mencari kesempurnaan diri dalam episod kehidupan yang perlu dilalui hari demi hari..mggu berganti bulan dan bulan berganti tahun...tanpa kenal erti penat dan lelah...meneruskan kehidupan yang kian matang dan layu...

Episod kehidupan manusia ada seketikanya dipukul ombak yang sedang mengganas dengan amarah yang teramat menyebabkan kita lemas dan tenggelam dalam gelombang keganasan..tetapi manusia itu bisa berenang ke pinggiran pandai dan menuju ke daratan...walaupun dengan hati yang penuh dendam dan marah...dengan perasaan yang remuk dan pilu...tetap melangkah dan teruskan episod kehidupan lagi dan lagi...

Dan ada kalanya episod kehidupan ini didatangi cahaya kegembiraan,hati terasa bagai disayangi dan dihargai...mula mencari panghibur lara dan sunyi...tetapi datangnya cuma seketika saja,ianya pergi meninggalkan diri yang kian rapuh ibarat kayu dimakan anai-anai...hendak berdiri,tidak berani..takut nanti hancurnya diri..merana lagi...

Sering bertanya pada episod kehidupan,perlukah episod ini dibuang dan ditinggalkan...atau hendak bertukar dengan kehidupan yang lain...pertanyaan ini cuma untuk menenangkan hati seketika kerana setiap episod kehidupan tidak boleh diganti atau ditukar tetapi boleh dijadikan lebih baik daripada episod kehidupan yang lalu...diharapkan begitu...

Adakah berakhirnya episod kehidupan manusia tanpa cubaan dan ujian dari Maha Pencipta?
Tidak semudah yang diduga...Ujian tetap datang memerhati di pintu episod kehidupan supaya manusia menjadi lebih kuat dan teguh imannya untuk menghadap yang Maha Berkuasa di hari akan datang,hari untuk menuntut perjanjian,hari untuk menimbang amalan dan penentu kepada pembalasan...dimnakah taman idaman..ditaman penyeksaan(NERAKA) atau taman kedamaian(SYURGA)...

Episod kehidupan ini harus diisi dengan amalan dan kebajikan...kerana itu petunjuk ke arah TAMAN IDAMAN(SYURGA)...moga nanti akan tenang dan bahagia disana...kerana dunia ini seketika cuma sebelum ajal datang bertandang tanpa ada persiapan yang lengkap dan sempurna...menghadap Ilahi tanpa rasa malu dan hina....berusaha lagi...



Saturday, January 28, 2012

::..SABAR, REDHA, KUAT, TENANG dan MENANGISLAH KERANA ALLAH..::


SABAR,,
SABARlah Di Sebalik Kemarahan,,
SABARlah Di Sebalik Ujian,,
SABARlah dalam Menyelesaikan Masalah..

REDHA,,
REDHAlah Dengan Ketentuan-Nya,,
REDHAlah Terhadap Takdir-Nya,,
REDHAlah Di Sebalik Setiap Yang Terjadi,,
YAKINlah, Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

KUAT,,
KUAT untuk Menghadapi Ujian,,
KUAT untuk Melawan Nafsu Yang Tidak Baik,,
KUAT untuk Mempertahankan Maruah Dan Agama,,
KUAT untuk Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku..

TENANG,,
TENANG Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan,,
TENANG Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita,,
TENANG Apabila Diri DiKhianati,,
TENANG Apabila Hati Dilukai...

MENANGIS,,
MENANGISlah Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu,,
MENANGISlah Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu...

Moga KITA semua menjadi INSAN yang BerIMAN dan berTAQWA kepada ALLAH.."-)


credit by WAN RAZZ(FB)

Friday, January 27, 2012

Lembaran Hidup Wanita Solehah



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...........

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak bistari
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan....

Mengalir airmataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga....

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku 
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga...

Di tengah terik padang pasir
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Biersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah......


alangkah indahnya dunia jika semua wanita itu cantik ibadahnya...


Thursday, January 26, 2012

:D


Assalamualaikum...

Pagi yang indah dengan cahaya mentari yang sentiasa bersinar tanpa kenal erti jemu dan bosan....
Burung yang setia berkicauan tanpa tahu sebuah kepenatan...
Angin yang senantiasa bertiup tanpa letih dan lelah...
Manusia yang selalu sibuk berkejar dan berlari tanpa melihat kiri dan kanan,yang tak pernah puas dengan kelebihan...
Alhamdulillah kerana diberi umur yang panjang...untuk meneruskan episod kehidupan...somoga hari ini memberi banyak ilmu dan pengetahuan...dengan izin yang Maha Esa...

Thursday, January 19, 2012

tensionnya.....!!!!!


Assalamualaikum...slamat pagi korang....

Pagi2 lagi dah nak tension,bukan sal pakwe or duit tp sal takde air...rimas la..setiap sem cam ni,asyik takde air je...semalam warden kata hari ni air ada tp nampaknya auta je la...aku tengok tadi ramai yang g angkut air kat cafe...nasib baik lah aku class kul 10 am...ada gak yang g mandi kat hotel dalam poli ni...nak g hotel pun satu hal,dah la jauh,pas2 nak kena beratur ikut giliran plak...memang wat aku jadik lagi tension la...dah 2 hari air takde,nsib baik la pg + ptg kemarin ada,baru je nak g basuh baju,terus dah takde....adoii...apa nak jadik lah ni...bila student marah,kata student melampau...tp sape tak marah lau cam ni,tak kan tak bayar bil air kot...rasanya ada peruntukan dalam hal2 cam ni....emmm ntah la......

p/s : "korang(warden)  xpelah,rumah korang ada air,korang leh
ar cakap sok ke,lusa ke baru ada air...yg nak kena tanggung ni kami ok....
pas2 nak marah kami plak sbb tak bersyukur...suka hati korang je kan...(-_-)!!"

Monday, January 9, 2012

Sepohon Kayu



Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang

Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi


Artis : Saujana
Lagu : Sepohon Kayu

Sunday, January 8, 2012

Remaja


Assalamualikum...

Malam ni aku nak cakap sikit sal remaja zaman sekarang,aku bukan tak puas hati or jelez ke apa...tapi lebih kurang la...korang penah terfikir tak yang budak2 remaja zaman sekarang ni pelik sangat2...bukan pelik sebab diorang cantik ke apa tapi pelik sebab diorang tak penah nak risau pape pn...ok aku faham bukan semua cam 2 tapi kebanyakan memang cam 2 kan...setuju tak?tak eh?tak pe lah.....

Apa yang aku nak cakap ni bukan sal kepelikan diorang 2 tapi aku nak tulis sal perangai diorang yang agak kurang ajar + kurang didikan agama...aku tahu aku tak sempurna dan sape2 pun tak penah sempurna...lau nak tunggu manusia 2 sempurna baru nak bersuara,sampai bila 2 sebab manusia memang tak pernah sempurna melainkan Nabi Muhammad s.a.w....so aku yang tak sempurna ni pun dikira layak lah kan nak mengeluarkan kata2...

Okaylah...aku bukan nak cakap sal sempurna tapi sal remaja....remaja sekarang ni senang sangat percaya kat LELAKI...aku bukan kata tak leh percaya tapi diorang ni dah melampau dah...siap panggil LAKI lagi kat pakwe 2....aku bukan jelez sebab aku tak ada pakwe (aku pun ramai peminat okay...heheh) tapi diorang ni dah anggap pakwe diorang 2 dah cm suami plak...layan cam suami je padahal bukan ada ikatan pape pun,sebab 2 aku kata remaja sekarang dah tak malu...

2 kisah yang cam 2,ada lagi kisah sal aurat...aku tengok blok aku (asrama) ni dah cam tempat pelacuran dah,budak2 ni pakai ntah apa2...seksi cam nak mati...aku tahu lah badan korang 2 cantik tapi tutup lah sikit,bukan nak calar pun...pakai seluar pendek boleh g merata-rata...isk...lau aku memang tak lah...apa nak jadi ntah...

Ada plak PEMPUAN yang nak jadi LELAKI (pengkid),hairan aku...ramai giler kat tempat aku ni...siap date lagi kat tangga...dah la kat tangga 2 gelap,lagi aku dapat maklumat yang ada orang ternampak 2 orang pumpuan ber'BIKINI' kat dalam bilik diorang dan duduk atas katil...diorang nak wat apa 2?tak kan nak ajar cam ner nak masak plak kan....astagfirullah

Dunia sekarang ni dah macam2 jadi...aku pun tak faham lah....kadang2 boleh migrain lau fikir sal ni..aku plak yang tolong susahkan hati bagi pihak mak bapak diorang...emm aku bukan nak emo malam2 ni tapi 2 lah luahan hati aku yang kadang2 2 aku sendiri pun tak leh nak luah...moga2 kita semua tak terlibat dalam keadaan cam ni...insyaallah

wassalam

p/s:tolong fahami ayat yang dah dihilight k

Kalau Tuhan Kita Kenali


Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya
Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya
Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi

Tajuk Nasyid : Kalau Tuhan Dikenali
Artis : Mawaddah

" cuba kita hayati lirik lagu ni,siapa kita sebenarnya yang selalu lupa
pada Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini...subhanallah "

Wednesday, January 4, 2012

Tutup buku lama,bukak buku baru


Assalamualaikum...

Apa khabar semua,harap2 semua sihat ek...dh lama tak tulis entry panjang2...seronok gak sekali sekala nak bermadah kan...tul tak?emm...sebenarnya banyak benda yang aku nak citer tp bila bukak je blog,terus hilang,aku pun tak tahulah nape...aneh betul lah kn aku nih...isk isk isk...

Sekarang ni aku dah melangkah sem baru,banyak benda yang baru2 tp still ada gak yang lama...kadang2 yang lama 2 lah banyak bagi pengajaran kn..tul tak?lau tak ada yang lama,yang baru pun tak kan muncul...sebab yang lama 2 lah yang baru dan akan dipanggil baru sebab tak ada yang baru...eh2,apa lah aku merepek nih...ngarut je petang2 nih....

           Emm...masuk sem baru,banyak plak benda yang aku kena belajar...jem otak ni...dh lama kan cuti,nak mula belajar balik 2 memang liat lah jawabnya...tapi apa2 pun,aku kena lah tanam dalam otak aku ni yang aku kena belajar...lau tak,cam ner nak dapat ilmu kan...haha...pandainya otak aku pk kan....

             Sebenarnya dh 2 minggu aku masuk sem baru,banyak benda yang aku nampak...orang baru,muka baru,subjek baru,baju baru n macam2 lah,lau aku citer memang tak kan habis punya...yang paling best budak baru,lau tengok muka 2 cam bapak orang pun ada,cam tua dari aku je...tapi lau ukur dari segi umur,aku plak yang jadi tua...isk...pening kepala aku nak tengok diorang,lau tak tengok kang jalan langgar tiang plak...

Apa2 pun aku kena lah buat yang terbaik sem ni,tak nak dah cam sem lepas,main je banyak...study ntah apa2...dapat result pun ntah apa2...nsib je lah tak kena repeat paper,lau tak malu aku kat adik2...tul tak?


" Mak,adk janji tau adk tak nak nakal dah...adk kan dah besar...heheheh "



ni masa sem satu dulu2...sopannya...hihi