Friday, September 23, 2011

Maaf,aku tak SEMPURNA...^^



Aku hanya insan biasa seperti orang lain,yang punya perasaan dan hati...yang inginkan kehidupan yang sempurna..yang inginkan kecantikan yang kekal....salahkah aku inginkan semua ni?kenapa perlu salahkan aku kerana perasaan aku?perlu ke aku sembunyikan diri kerana aku tak seperti orang lain?kenapa dunia tak nak terima aku?dosakah aku kerana kewujudan aku?hinakah aku?

Mak,maafkan aku kerana aku tak sempurna,ayah terimalah aku seadanya...kerana aku perlukan kasih sayang darimu...aku perlukan dambaan yang boleh memanaskan tubuhkan dikala aku kedinginan...aku perlukan pelukan yang boleh mententeramkan jiwaku...aku perlukan ciuman yang halal bagiku...kerana aku anakmu...aku berhak meminta darimu...

Kawan,jangan salahkan aku atas kejadian untukku...hargailah aku...sesungguhnya aku perlukan sokongan darimu...dekatilah aku seperti insan lain,jangan engkau jauhi aku...peganglah erat tanganku walaupun aku tak seperti sahabatmu yang lain...jangan kau lukakan hatiku...kerana aku inginkan sahabat sejati...yang boleh menemani aku dikala sunyi....

Kekasihku...aku tahu engkau malu bersamaku...tak layakkah aku terima cintamu?jangan lah jauhkan diri dariku kerana aku sangat menyayangimu...seperti kembangan bunga di taman,seperti riuh burung di angkasa,seperti laluan awan yang tiada hentinya...kasihku...jangan engkau tolak cintaku...aku perlukan pengorbanan dan kesanggupan dirimu tuk menjadi watak dlm hidupku....




Ya Allah....Engkau berilah kekuatan untukku...untuk aku kuat dan tabah menjalani kehidupan...kuatkanlah semangatku...supaya aku tidak lalai dengan nikmat-Mu...nikmat yang telah Engkau berikan kepada hamba-Mu...Ya Allah,berilah aku hidayah-Mu,supaya aku sentiasa beribadah kepada-Mu...janganlah Engkau sesatkan aku...janganlah Engkau jahilkan aku...sesungguhnya aku amat takut akan neraka-Mu....lindungilah aku daripada sebarang kecelakaan dan kealpaan...sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Mu Ya Allah...Tuhan sekalian alam...Tuhan yang menciptakan aqal dan fikiran ,Tuhan yang menjadikan langgit dan bumi,yang menjadikan kesempurnaan di dunia ini.....Alhamdulillah,aku bersyukur....

No comments:

Post a Comment

Silalah komen