Thursday, May 24, 2012

Istihadhah


Assalamualaikum

Aku ada benda yang nak dikongsi , berkenaan ngan darah istihadhah yang kebanyakan kita tak tahu, bagi yang sudah tahu , kita ulangkaji balik apa yang kita tahu k..



APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTIHADHAH?

J: Istihadhah ialah darah yang keluar dari bahagian bawah rahim pada selain waktu haid dan nifas. Oleh itu, darah yang keluar melebihi masa terpanjang haid atau nifas, atau kurang daripada masa terpendek haid atau nifas dinamakan istihadhah. Begitu juga darah yang keluar dari kanak-kanak perempuan yang belum mencapai umur sembilan tahun.

BOLEH JELASKAN DENGAN CARA YANG LEBIH MUDAH?

J: Secara mudah, darah istihadhah terdiri daripada enam jenis:
1. Darah yang keluar kurang daripada tempoh terpendek haid.
2. Darah yang keluar melebihi tempoh terpanjang masa haid.
3. Darah yang kurang daripada tempoh terpendek nifas.
4. Darah yang melebihi tempoh terpanjang nifas.
5. Darah yang keluar melebihi kebiasaan haid dan nifas yang telah lepas (melebihi kebiasaan tempoh terpanjang keduanya).
6. Darah yang keluar daripada bahagian bawah rahim kanak-kanak yang belum mencapai umur sembilan tahun.


S. APAKAH KESAN ISTIHADHAH KE ATAS WANITA?

J: Istihadhah bukan penghalang bagi melakukan sebarang ibadat seperti solat, puasa dan ibadat-ibadat yang boleh dilaksanakan sewaktu haid dan nifas.
Pernah diriwayatkan bahawa Fatimah binti Abi Hubaisy telah datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: “Sesungguhnya saya ini menderita istihadhah sehingga tidak kunjung bersih. Haruskah aku meninggalkan solat?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Jangan! Tinggalkanlah solat pada hari-hari kamu haid sahaja. Kemudian mandilah dan berwudhu’ tiap kali hendak solat. Kemudian, tetaplah solat, sekalipun darah menitis pada tikar.” (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Abu Dawud, An-Nasa’I dan Ibnu Majah)


S: SAYA KELIRU UNTUK MEMBEZAKAN DARAH HAID DAN ISTIHADHAH KERANA DARAH YANG KELUAR BERLARUTAN UNTUK TEMPOH YANG PANJANG. KADANGKALA BERTERUSAN SEHINGGA DUA BULAN. ADAKAH KESELURUHAN TEMPOH DUA BULAN ITU DIANGGAP ISTIHADHAH TANPA HAID?

J: Terdapat wanita yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sehingga berbulan-bulan lamanya. Dalam keadaan ini, apa yang perlu dilakukan ialah wanita itu perlu cuba membezakan antara darah haid dan darah istihadhah. Jika dia tidak mampu membezakannya, dia perlu melihat kepada kebiasaan yang dialaminya termasuklah dari segi jarak minimum antara dua haid dan tempoh terpanjang haid yang biasa.
Untuk menjelaskan lagi perkara ini, sila lihat pembahagian golongan wanita yang mengalami istihadhah seperti berikut:

1. Mubtadi’ah Mumayyizah: baru pertama kali keluar darah daripada rahimnya, tetapi sudah pandai membezakan antara darah haid dan istihadhah.
2. Mubtadi’ah Ghairu Mumayyizah: baru pertama kali keluar darah daripada rahimnya, tetapi tidak pandai membezakan antara darah haid dan istihadhah.
3. Mu’tadah Mumayyizah: sudah pernah mengalami haid sebelumnya, lalu suci, dan tahu kadar haid yang keluar dan jumlah hari suci.
4. Mu’tadah Ghairu Mumayyizah: sudah pernah mengalami haid tetapi tidak mampu membezakan antara darah haid dan istihadhah. Oleh itu, hendaklah dia berpegang kepada kebiasaannya yang telah lalu.


S: ISTIHADHAH YANG PANJANG BENAR-BENAR MENGGANGGU HUBUNGAN INTIM KAMI SUAMI-ISTERI. SAYA SANGAT BIMBANG KERANA TIDAK MUNGKIN SUAMI SAYA DAPAT ‘BERSABAR’ LEBIH LAMA LAGI.

J: Darah istihadhah bukan sahaja membuatkan wanita yang mengalaminya kurang selesa, tetapi juga boleh mengganggu hubungan suami-isteri apatah lagi jika ia berlarutan berbulan-bulan lamanya. Dalam hal ini, para fuqaha berpendapat bahawa harus bagi pasangan suami-isteri melakukan persetubuhan walaupun ketika isterinya dalam istihadhah. Namun begitu, mereka berpendapat bahawa jika dapat menghindarinya adalah lebih baik kerana darah istihadhah ialah darah penyakit. Terdapat juga pandangan segelintir fuqaha yang lebih tegas dalam hal ini dan berpendapat bahawa haram menyetubuhi isteri yang istihadhah.


DARAH YANG KELUAR DARIPADA WANITA YANG HAMIL


S: SEMASA SAYA SEDANG HAMIL ANAK YANG KEDUA, TERDAPAT DARAH YANG KELUAR UNTUK BEBERAPA HARI. PERLUKAH SAYA BERSEMBAHYANG JUGA ATAU TIDAK?

J: Para fuqaha berselisih pandangan mengenai hukum bagi darah yang keluar daripada faraj wanita yang sedang hamil samada ianya haid atau istihadah. Dalam mazhab Shafii, darah yang keluar sewaktu hamil boleh digolongkan sebagai darah haid asalkan ia tidak kurang daripada sehari semalam dan juga tidak melebihi 15 hari. Jika kurang daripada sehari semalam maka ia adalah darah istihadhah dan perempuan itu wajib mengerjakan sembahyang. Jika darah tersebut berlarutan pula sehingga melebihi 15 hari, maka darah yang keluar pada 15 hari pertama ialah darah haid manakala yang selepasnya dianggap sebagai istihadhah. Wanita yang dalam istihadhah wajib mengerjakan sembahyang.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa dari sudut perubatan moden, sebarang pendarahan ketika hamil adalah merbahaya. Segera rujuk doktor jika anda melihat darah keluar ketika hamil kerana dibimbangi akan berlaku keguguran.

Monday, May 21, 2012

Mahram VS Muhrim


Assalamualaikum..

Hari ni aku nak kongsikan sesuatu yang kebanyakannya  kita hari ni jarang ambik berat ataupun tak tahu . Kat bawah ni penerangan tentang perbezaan antara mahram dan muhrim.

محرم   merupakan perkataan bahasa Arab yang terdiri daripada empat huruf , tetapi memberi 2 makna yang berbeza . Perbezaannya berlaku setelah diletakkan baris kalimah tersebut dibawah  ر  dan diatas  ر 

Dari sudut bahasa, MAHRAM dalam bahasa Arab disebut sebagai mahramun ertinya orang yang diharamkan menikah dengannya samada lelaki atau perempuan . Sebab diharamkan daripada berkahwin adalah kerana nasab atau keturunan , susuan dan musaharah(sebab pernikahan) .

MUHRIM dalam bahasa Arab disebut sebagai muhrimun yang memberi makna orang yang telah memakai pakaian ihram untuk menunaikan haji atau umrah . 

Dah faham kan?harap-harap lepas ni kita dah tahu perbezaan antara muhrim ngan mahram . Moga penerangan ni dapat merungkaikan kekeliruan kita . Insya-Allah

Thursday, May 10, 2012

Cantik


Assalamualaikum

Korang semua apa khabar?moga sentiasa dibawah rahmat-Nya..malam ni biar aku cerita sikit lah apa yang aku tahu pasal cantik ni. Cantik ni terlalu subjektif dan terpulang pada pandangan dan fahaman masing-masing. Ada yang kata cantik ni terletak pada hidungnya,terletak pada mata,mulut,tangan dan sebagainya.. dan bagi yang fikir lebih panjang dan beramal dengan agamanya, diorang akan kata cantik 2 terletak pada akhlak seseorang wanita atau lelaki,terletak pada ibadahnya,pada santunnya,pada imannya dan pada agamanya dan banyak lagi lah...ada yang kata manusia 2 tak ada yang cantik sebenarnya, tak apalah, tu pendapat dia...

Untuk aku, kecantikan 2 bergantung pada iman seseorang, lau iman dia cantik maka cantiklah dia. Iman ni merangkumi semua termasuklah akhlak, ibadah, solat, bicara, santun, pakaian, gelagat, telatah, sikap, perlakuan, tutur kata, amalan dan macam-macam lagilah(asyik ulang benda yang sama je)... jadi cantik satu je
(iman) tapi dapat banyak kecantikan lain yang percuma kan. Bertuahnya orang yang ada kecantikan tu(iman).




Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini penuh dengan perhiasan dan perhiasan paling 
indah ialah wanita solehah.."(Hadis riwayat muslim)

Untuk dapatkan kecantikan 2 kita kenalah rajin. Rajin dari segi apa plak? dari segi ibadah la.. kena rajin solat 5 waktu,berpuasa,taat pada suami, dan melakukan semua yang disuruh dalam agama.. amal makruf nahi mungkar.. buat apa yang disuruh oleh syarak dan tinggalkan apa yang dilarang..insya-Allah

Kebanyakan yang aku selalu nampak,ramai yang nak jadi cantik sampai sanggup buat pembedahan plastik, tinggikan hidung,besarkan mulut, kecilkan perut, hilangkan kedut, dan macam-macam lagi lah, 2 apa yang aku nampak. apa yang aku tak nampak wallaualam, aku pun tak berani nak kata sebab benda 2 aku tak nampak kan. Lau cakap gak nanti orang kata aku ajar plak.


mybe dia ni pun banyak wat pembedahan plastik

Kecantikan kat wajah ni berbeza-beza, sesetengah orang kita tengok walaupun tak hensem or cantik tapi kita suka tengok, sesetengah lagi hemsem, kaya, pakaian mahal-mahal tapi kita tengok je, cam nak baling ngan kasut(gurau je)..rasa meluat je kan..em kita suka kat seseorang 2 bukan bergantung pada kecantikan dia je tapi kita rasa seronok, suka, sayang kat dia..tapi sayang pun berpada-padalah,jangan sampai kita gadaikan maruah dan agama kita, jangan sampai kasih sayang kita cam ditelan mati mak,diluah mati bapak(betul ek?), bahaya 2...

Ada yang sebabkan kecantikan pada seseorang 2, dia menjual diri dia. Dia berzina, melakukan maksiat, dedah aurat, bertepuk-tampar dengan yang bukan mahram dan lain-lain. 2 bukan yang diajar oleh Rasulullah dan tak ada pun surah-surah dalam al-Quran yang menyatakan kita boleh buat cam 2,malah menghalang daripada melakukan ada lah tapi kita jangan benci kat orang yang melakukan perkara 2, bahkan benci pada perlakuan diorang..


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut."


(Hadis Riwayat Al-Tirmizi) 


So, cantik ni terlalu banyak maksud, lau nak terang satu persatu memang tak pernah nak habis. Ingat tau, nak cantik 2 tak salah tapi berpada-padalah. Cari kecantikan yang sebenar-benarnya, bukan setakat cantik muka je tapi cantik dalaman tu yang penting.. Carilah cantik yang satu tu(iman) agar yang lain akan cantik jua..marilah kita menuju ke jalan keimanan yang sememangnya kita tahu itulah jalan untuk mnjadi soleh dan solehah...insya-Allah


bestnya lau dpt suami n anak2 cm ni

Wednesday, May 9, 2012

Pesanan


Assalamualaikum...

Aku nak berkongsi sedikit kata-kata nasihat,gambar-gambar ni aku ambik daripada blog-blog yang aku lawat dan hasil lawatan aku kat tempat-tempat lain dan aku edit sikit..Moga apa yang disampaikan akan disimpan didalam hati dan diamalkan dalam kehidupan kita nanti...nasihat ni aku ambik dulu,sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik...Insya-Allah
















Monday, May 7, 2012

Kawin


Assalamualaikum

Aku buka je facebook,citer sal kawin,buka je blog,sal kawin jugak.Semua suka cakap sal kawin kan.Tak kisah lah orang muda ke,tua ke,remaja,sampai ke kanak-kanak,bila cakap je sal kawin,kita mesti akan rasa gembira,suka dan rasa berbunga je.Hari tu classmate aku masa form 6 bertunang,tak tahulah meriah ke tak,aku tak pergi pun.Tak apalah,yang penting dia happy ngan pasangan pilihan dia.Dia dah jumpa pilihan dia,aku bila lagi..heheh..belajar dulu,pastu baru fikir sal kawin.


emm...nak kawin gak lah..


Nak kawin ni bukan setakat zahir je yang kena cantik tapi batin pun kena gak cantik.Bukan je cantik dari segi paras rupa tapi dari segi agama,ilmu,amalan,akhlak,budi pekerti dan macam-macam lagi lah.Lau nak citer sal ni memang dua tiga page pun tak kan habis.Aku bukanlah kata rupa 2 tak payah nak cantik,kena lah jugak,jangan lah sampai muka pun cam baru keluar dari kepulan asap,tu rasanya dah melampau kot.Kenalah berhias tapi berpada-padalah.Berhias hanya untuk suami je,ingat tu.


kecantikanku hanya untuk suamiku


Kawin ni bukan setakat seks je(sori tau),tapi berkongsi semua susah dan payah kehidupan alam perkahwinan.Nak kawin bukannya cam nak pergi makan angin kat Pulau Langkawi,lepas 2 bawak balik kenangan manis dan lupa tapi sepanjang hayat kena tengok muka yang sama dan tidur dengan orang yang sama.Sebab tu lah ada dalam kalangan kita yang dah tak tahan nak berhadapan dengan pasangan,mula mencari alasan untuk bercerai.Tu bergantung jugak samada betul ke dia tu pasangan kita sepanjang hayat atau separuh je hayat kita.Itu ketentuan yang telah Allah tetapkan tuk hamba-hamba-Nya,jadi kita tawakal je lah.




Kita kenalah buat pilihan yang terbaik sebelum kita nak mencari pasangan,bukan dengan butakan mata je.Ikut kata hati dan mata,aqal yang berfikir pun dah dipengaruhi mata.Boleh mengundang bahaya 2,akibatnya jadilah cam yang kita baca sekarang ni,cerai sana sini,suami saman menyaman,zina,curang dan macam-macam lagi.Hal tu lah yang kita tak nak jadi,sebab tu lah macam-macam pendakwah lakukan untuk gitau kat semua masyarakat betapa pentingnya   kawin mengikut Islam dan memilih pasangan yang berilmu dalam beragama.Bukan pangkat je besar,ilmu dunia cukup tinggi,harta bertimbun-timbun,rupa yang subhanallah tetapi ilmu agama jahil sangat-sangat dan tak nak belajar.

Apa-apa pun kita kenalah sedar semua ni supaya kita tak menyesal di kemudian hari..sama-samalah kita renung-renungkan dan beramal ye..pesanan ni aku ambil dulu..Moga-moga ada yang terbaik untuk kita..Insya-Allah


Wassalam

Saturday, May 5, 2012

Nikmat


Assalamualaikum

Malam yang damai ni mengingatkan aku tentang betapa nikmatnya pemberian yang Allah berikan kepada kita.Tiupan angin malam boleh menenangkan hati yang kian berkocak dengan arus dunia yang bisa menggoyahkan kekuatan iman sesiapa saja yang merasainya.Bintang yang bercahaya,sinarannya menyuluh seluruh ruang angkasa.Tanpa kita sedar keadaan alam sepanjang hidup yang penah kita lalui.




Malam ni mengingatkan aku pada masa lalu,di saat aku baru mengenal kehidupan.Merangkak mencari penyuluh yang terang.Ketika aku masih dibuai oleh tangan yang kini kian lemah dan kasar.Batapa aku ingin kembali pada masa yang lalu,saat aku tidak mengenal erti susah dan payah ranjau kehidupan yang ketika ini aku lalui.Penyesalan yang akan menjadi sia-sia walaupun aku merintih mahupun meraung.

Pernah tak kita sedar akan nikmat pemberian ini.Aku terlalu alpa dengan dunia yang hanya sementara sedangkan di sana(akhirat) yang akan kekal abadi.Masa yang diberi tidak dihargai,bila menghilang mulalah mencari,tetapi adakah masa itu masih menanti atau sudah terlalu jauh melangkah pergi.Hati aku berbisik sendiri,banyakkah amalan yang akan aku bawa ke sana nanti?akalku tak dapat menberi jawapan,hanya Tuhan yang maha mengetahui.

Kadang-kadang apa yang kita lalui mengajar kita untuk menghargai sesuatu yang kita miliki.Hidup ni tak seindah yang diimpi.Adakala terjadi seperti yang dihajati tetapi terlalu banyak yang tak menjadi.Sudah sifat manusia,suka meminta itu dan ini,bila tak dapat yang diingini,mulalah memaki dan menganggap diri tak disayangi.Mendiamkan diri untuk tunjuk tanda tak puas hati,yang memujuk merana sendiri,tak tahu apa yang telah terjadi.

Aku menulis bukan mengeji,sekadar hendak betulkan diri.Silap yang sikit boleh dimaafkan tetapi salah yang banyak sukar untuk kita perbetulkan.Diharap nanti kita akan sedarkan diri dari koma yang berpanjangan dan tidak akan berlanjutan.Pohonlah doa pada yang Maha Mengetahui,moga ada jalannya nanti.Hidup di dunia ibarat batu loncatan untuk kita bahagia di hari akhirat nanti,moga mendapat keberkatan Illahi...Insya-Allah


Wednesday, May 2, 2012

kelebihan SOLAT DHUHA



Fadilat Dhuha

Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:


1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


2. Kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).


4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Kaifiyat Dhuha


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:


”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.


Doa selepas solat DHUHA...


“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, sekiranya rezeki kami di atas langit, turunkanlah, sekiranya dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, mudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebaikan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.”