There was an error in this gadget

Tuesday, October 18, 2011

penceraian part 3

KESAN
    Antara kesan yang diperoleh adalah hidup anak-anak pasangan tersebut terabai dan akan kurangnya kasih sayang dari ibunya sendiri.Selain itu,kemungkinan besar perangai yang dilakukan oleh ibu bapa mereka akan terbawa-bawa dalam kehidupan mereka pada masa hadapan.Kes-kes runtuhnya rumahtangga semuanya berpunca daripada ketidak sabaran pasangan tersebut hal ini menyebabkan semua keputusan yang dilakukan semuanya mengikut hawa nafsu semata-mata.
   Buah mulut orang pun akan berlaku daripada segelintir masyarakat,”YE LAKAN MULUT TEMPAYAN BOLEHLA KITA TUTUP,MULUT MANUSIA??????”,itulah bahasa dan perumpamaan yang sesuai diberikan untuk masyarakat.Tatkala dunia sudah moden dan mengikut pada seseorang itu telah mendapat nama di dalam hati peminat jadi bermacam-macam la buahan mulut orang,ada yang menyukai perwatakan seseorang sudah pasti mereka sanjung tinggi tetapi sebaliknya????
   Selain itu tali persaudaraan sesama agama islam akan terputus,hal ini sedemikian amat dilarang oleh Rasulullah dan dibenci oleh Allah.Jika tali persaudaraan terputus mulalah ketidak puasan hati berlaku di dalam masyarakat dan akan berlakulah perbuatan-perbuatan khurafat-khurafat dan tahyul-tahyul seperti santau,sihir dan macam-macm lagi.

No comments:

Post a Comment

Silalah komen