Tuesday, October 18, 2011

penceraian khuluk(part 1)


          Dalam situasi sebegini yang kita perhatikan ianya melibatkan kepada penceraian melalui satu peroses iaitu khuluk.Sebenarnya penceraian khuluk ini dikenali sebagai penceraian tebus talak,ini berlaku apabila si suami enggan menceraikan si isteri kerana si isteri tidak boleh hidup lagi dengan si suami dan si suami sebenarnya tidak setuju dengan penceraian ini.Perceraian khuluk ini boleh dikatakan lebih menjerumuskan kepada tebusan seperti contoh wangan atau harta benda yang membolehkan si suami itu setuju untuk melepaskan si isteri itu.
        Seperti dalam situasi Saida atau dikenali kakak Siti Nurhaliza,beliau menawarkan kepada bekas suaminya Mohd Ghazali Yahya Fikri sejumlah wang RM1000.Pada mulanya bekas suaminya Mohd Ghazali tidak bersetuju dan enggan untuk melafazkan talak selepas itu,bekas isterinya Siti Nur Saida mengambil altenatif lain dengan membawa kes mereka ke muka pengadilan.
        Akhirnya keputusan penceraian mereka diputuskan oleh hakim,itu pun atas kerelaan dan keredoan suami untuk memberikan keputusan ini kepada hakim untuk memutuskan keputusan rumah tangga mereka dengan cerai talak satu.Seharusnya perkara sedemikian harus dielakkan kerana ia ditegah dalam agama islam.Allah amat membencikan penceraian kerana dengan bercerainya boleh berenggangnya tali persaudaraan sesama seagama sendiri.
         Kita sudah ada contoh atau senang dikatakan roll model kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W,jadi cuba kita mengikuti segala yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W kerana kadangkala apa yang Rasulullah lakukan mendatangkan faedah kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment

Silalah komen