Assalamualaikum..
Hari ni aku nak kongsikan sesuatu yang kebanyakannya kita hari ni jarang ambik berat ataupun tak tahu . Kat bawah ni penerangan tentang perbezaan antara mahram dan muhrim.
محرم merupakan perkataan bahasa Arab yang terdiri daripada empat huruf , tetapi memberi 2 makna yang berbeza . Perbezaannya berlaku setelah diletakkan baris kalimah tersebut dibawah ر dan diatas ر
Dari sudut bahasa, MAHRAM dalam bahasa Arab disebut sebagai mahramun ertinya orang yang diharamkan menikah dengannya samada lelaki atau perempuan . Sebab diharamkan daripada berkahwin adalah kerana nasab atau keturunan , susuan dan musaharah(sebab pernikahan) .
MUHRIM dalam bahasa Arab disebut sebagai muhrimun yang memberi makna orang yang telah memakai pakaian ihram untuk menunaikan haji atau umrah .
Dah faham kan?harap-harap lepas ni kita dah tahu perbezaan antara muhrim ngan mahram . Moga penerangan ni dapat merungkaikan kekeliruan kita . Insya-Allah
org slalu panggil muhrim..sebab tak tau kan..skang dah makin tau.. ^_^
ReplyDeletebetul 2,kita slalu pggil muhrim sbelum ni...sbb 2 kita slalu kena blaja agama spy kita xsesat...:)
Delete