Monday, January 30, 2012

ePiSod Ini..


Assalamualaikum...

Kehidupan manusia diibaratkan seperti roda,ada kalanya diatas dan ada kalanya dibawah...cerita tentang episod kehidupan seorang manusia yang sering mencari kesempurnaan diri dalam episod kehidupan yang perlu dilalui hari demi hari..mggu berganti bulan dan bulan berganti tahun...tanpa kenal erti penat dan lelah...meneruskan kehidupan yang kian matang dan layu...

Episod kehidupan manusia ada seketikanya dipukul ombak yang sedang mengganas dengan amarah yang teramat menyebabkan kita lemas dan tenggelam dalam gelombang keganasan..tetapi manusia itu bisa berenang ke pinggiran pandai dan menuju ke daratan...walaupun dengan hati yang penuh dendam dan marah...dengan perasaan yang remuk dan pilu...tetap melangkah dan teruskan episod kehidupan lagi dan lagi...

Dan ada kalanya episod kehidupan ini didatangi cahaya kegembiraan,hati terasa bagai disayangi dan dihargai...mula mencari panghibur lara dan sunyi...tetapi datangnya cuma seketika saja,ianya pergi meninggalkan diri yang kian rapuh ibarat kayu dimakan anai-anai...hendak berdiri,tidak berani..takut nanti hancurnya diri..merana lagi...

Sering bertanya pada episod kehidupan,perlukah episod ini dibuang dan ditinggalkan...atau hendak bertukar dengan kehidupan yang lain...pertanyaan ini cuma untuk menenangkan hati seketika kerana setiap episod kehidupan tidak boleh diganti atau ditukar tetapi boleh dijadikan lebih baik daripada episod kehidupan yang lalu...diharapkan begitu...

Adakah berakhirnya episod kehidupan manusia tanpa cubaan dan ujian dari Maha Pencipta?
Tidak semudah yang diduga...Ujian tetap datang memerhati di pintu episod kehidupan supaya manusia menjadi lebih kuat dan teguh imannya untuk menghadap yang Maha Berkuasa di hari akan datang,hari untuk menuntut perjanjian,hari untuk menimbang amalan dan penentu kepada pembalasan...dimnakah taman idaman..ditaman penyeksaan(NERAKA) atau taman kedamaian(SYURGA)...

Episod kehidupan ini harus diisi dengan amalan dan kebajikan...kerana itu petunjuk ke arah TAMAN IDAMAN(SYURGA)...moga nanti akan tenang dan bahagia disana...kerana dunia ini seketika cuma sebelum ajal datang bertandang tanpa ada persiapan yang lengkap dan sempurna...menghadap Ilahi tanpa rasa malu dan hina....berusaha lagi...



No comments:

Post a Comment

Silalah komen