Sunday, March 24, 2013

Hero Semasa


Assalamualaikum

Hari ni hari yang kedua selepas kejadian tayar pancit tengah jalan hari tu. Selama 3 tahun aku belajar kat situ, ni kali yang ke-3 tayar pancit dan menyebabkan kitorang tersangkut kat tepi jalan. Boleh dikatakan macam-macam jenis halangan sepanjang belajar kat sana. Setakat main dalam hujan tu benda biasa dah. Yang aku nak cerita sekarang ni bukan sal kena hujan tapi sebab kebaikan seseorang lelaki tu yang sanggup tolong kitorang. Seorang lelaki yang tidak dikenali berkorban untuk memberikan masa dia untuk tolong kitorang, rasanya dalam dunia yang moden sekarang ni, susah manusia yang nak percayakan orang, apatah lagi berhenti untuk menolong, aku tak lah salahkan diorang, mybe sebab ramai sangat penipu dalam kalangan kita ni. Jangan kan diorang, aku pun susah nak tolong orang yang tolak motor tepi jalan. Untuk keselamatan diri kita tak salah kot..heheh..

Aku tak lah sempat berkenalan dengan dia, tuan punya masalah je yang sempat. Nama pun tuan punya masalah tak tanya,mamaci betullah.  Mamat ni seorang lelaki yang kalau kita tengok tu cam budak-budak2 nakal je, pakai seluar kaki kecik, cam rempit tapi terfikir untuk tolong orang lain, yang menariknya pasal lelaki ni, dia siap tanya lagi ada duit ke tak nak bayar nanti, wow.. siap tanya ada duit ke tak, tak main-main lah mamat ni..emm apa-apa pun or sape pun dia, harap2 dia ikhlas la..yang penting dia ada hati yang baik tuk tolong orang tanpa minta pembalasan. tu yang kita nak cari tu..heheh.. ok lah, setakat ni je untuk masa ni, harap t aku update lagilah lau aku rasa rajin..wassalam



No comments:

Post a Comment

Silalah komen