Monday, June 11, 2012

KIBIR


Kibir dalam istilah bahasa melayu bermaksud sombong ,angkuh atau ego . Menurut syariat Islam Kibir ialah membesarkan diri kerana merasa dirinya memiliki kelebihan , kehebatan dan keistimewaan hingga lupa Allah dan DURHAKA kepada-Nya dan merupakan sikap yang TERKEJI sebagaimana sikap iblis yang enggan tunduk dan taat kepada perintah Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T
"Sesungguhnya orang-orang yang menyombong diri daripada menyembahKu akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina dina" 
~Surah al-Mukmin-ayat 60~

"Janganlah kamu berjalan dengan menyombong diri kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan ketinggian kamu tidak dapat melepasi gunung"
~Surah al-Israk-ayat 37~

"Sesungguhnya Allah tidak suka pada orang yang sombong"
~Surah al-Nahl-ayat 23~



TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG ATAU KIBIR
Dapat di kesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu samaada Sombong Keterlaluan, Sederhana atau Ringan.

Terdapat 26 Tanda-Tanda Sifat Sombong iaitu :

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Mudah Marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap

3. Memilih Kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja

4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi yakni ia suka orang yang mahu dengar katanya.

5. Memandang Hina kepada Golongan Bawahan.

6. Dalam perbincangan dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada   yang di perlukan.

7. Dalam Pergaulan ia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.

8. Dalam Pergaulan dia saja bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Kalau dia jadi Pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.

10. Susah Memberikan Kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.

12. Dia suka dihormati.

13. Suka menzalimi orang sama ada secara halus atau kasar.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang

17. Suka mencerita kelebihan diri

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menikmati nikmat Allah Swt. kalau ada, dibazirkan.

20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Kurang memberi simpati orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain
.
26.Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain didepannya. Tetapi kalau dia dipuji , dia berasa bangga dan senang hati.



Renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment

Silalah komen