Tuesday, October 18, 2011

penceraian part 4

PENYELESAIAN
    Segala penyelesaian semuanya terletak pada individu sendiri kerana kita semua sudah mampu berfikir baik dan buruk sesuatu perbuatan itu,sudah jelas diwar-warkan oleh Rasulullah pada zaman kegemilangan baginda yang telah menjelaskan bahawa “sesiapa yang beramal dengan Al-Quran dan Hadis baginda nescaya akan mendapat keredhoan,ketenangan dan kebahagian hidup di dunia serta akhirat.
    Bukan dikatakan penceraian itu tidak boleh,boleh jika pasangan itu tidak mampu untuk meneruskan rumahtangga mereka.tetapi perlulah meneliti adakah kerana sedikit sahaja masalah sampai berlakunya kes-kes penceraian,sebab itulah kita perlu sentiasa muhasabah diri kita sentiasa mengingati Allah S.W.T doa itu antara senjata buat orang mukmin.
   Jika kita berfikir sejenak,jika berlakunya keruntuhan rumahtangga diibaratkan seperti runtuhnya masjid yang kita bina.perkahwinan adalah alam yang membawa kenikmatan yang berbeza daripada hihup seorang diri,percayalah jika kita hidup dalam keseorangan pasti kita tidak akan berkembang daripada segi pemikiran,pangalaman dan kematangan dalam menempuh asam garam kehidupan kita.

penceraian part 3

KESAN
    Antara kesan yang diperoleh adalah hidup anak-anak pasangan tersebut terabai dan akan kurangnya kasih sayang dari ibunya sendiri.Selain itu,kemungkinan besar perangai yang dilakukan oleh ibu bapa mereka akan terbawa-bawa dalam kehidupan mereka pada masa hadapan.Kes-kes runtuhnya rumahtangga semuanya berpunca daripada ketidak sabaran pasangan tersebut hal ini menyebabkan semua keputusan yang dilakukan semuanya mengikut hawa nafsu semata-mata.
   Buah mulut orang pun akan berlaku daripada segelintir masyarakat,”YE LAKAN MULUT TEMPAYAN BOLEHLA KITA TUTUP,MULUT MANUSIA??????”,itulah bahasa dan perumpamaan yang sesuai diberikan untuk masyarakat.Tatkala dunia sudah moden dan mengikut pada seseorang itu telah mendapat nama di dalam hati peminat jadi bermacam-macam la buahan mulut orang,ada yang menyukai perwatakan seseorang sudah pasti mereka sanjung tinggi tetapi sebaliknya????
   Selain itu tali persaudaraan sesama agama islam akan terputus,hal ini sedemikian amat dilarang oleh Rasulullah dan dibenci oleh Allah.Jika tali persaudaraan terputus mulalah ketidak puasan hati berlaku di dalam masyarakat dan akan berlakulah perbuatan-perbuatan khurafat-khurafat dan tahyul-tahyul seperti santau,sihir dan macam-macm lagi.

penceraian part 2