Saturday, September 24, 2011

pErluKaH aKu JatUh ciNtA?




Assalamualaikum...Cinta....kenapa perlu aku tulis sal cinta lagi?aku pn tak tau lah....banyak sangat yang hadir dalam hati ni....aku nakkan seseorang tapi aku tak tahu kenapa dalam masa yang sama aku tak nak...aku jadi "tak berminat" plak....kenapa ngan aku nih?aku tertanya tanya....anehnya aku ni....sebelum ni pun aku tak pernah bercinta or ada someone yang kacau hati aku....aku pun tak pasti kenapa aku cam 2....aku normal ok....emmmmm....




Aku pun tak faham lah kenapa tak ada orang yang berminat kat aku...mybe aku ni tak cantik kot...tapi kan semua manusia 2 cantik cuma kecantikan je yang berbeza-beza...ok aku tahu yang 2 tapi kadang-kadang aku rasa cam plek je sebab orang lain senang je nak cari pasangan tapi aku tak...mybe aku ni terlalu menilai kot...tapi tak salah kan?sebab kita berhak nak memilih pasangan kita selagi tak melanggar hukum syarak....

Zaman sekarang ni aku tengok ramai sangat yang "bercuple"...tambah-tambah yang masih remaja 2...aku pun tak faham apa yang hebatnya "bercuple " ni?nak kata leh kuar,ngan kawan boleh,mak ayah pun boleh gak...nak kata leh beli barang,mintak je lah duit kat mak n g beli...kan senang je 2....xbest ke?lau g ngan pakwe leh diorang tolong bawakkan barang pas2 leh g tempat-tempat lain,g makan-makan.....dah 2 wat apa?wat maksiat lah,zina...ok,aku faham yang fitrah manusia 2 memang lah nak bercinta,mencari pasangan tapi sekarang ni dah melampau lah....kan kan kan?

Tu lah alasan aku tuk tak "bercuple" n aku rasa aku tak salah kot tak "bercuple" sebab ni hidup aku,korang apa kisah(melampaunya aku ni).....aku tak nak lau setakat nak "bercuple" tuk wat maksiat,baik aku nikah cara halal...hidup pun aman n bahagia je....tak payah pikir banyak...juz jadi yang terbaik tuk pasangan kita....fitnah pun tak timbul...mak ayah pun happy...saudara mara pun tak malu sebab dapat saudara cam kita....tak ke seronok 2?

Aku pun berharap gak one day t pintu hati aku terbukak tuk ada pasangan hidup...aku tak lah memilih pun,cuma biarlah yang ada agama....lau tak hebat pun,asalkan dia tahu cara solat n nak belaja....bukannya yang dah lah jahil,pas2 perangai cam ntah apa-apa....orang suh belaja tak nak plak....haru biru sungguh lah orang cam 2....apa-apa pun Insyaallah t akan ada seorang jejaka yang leh jaga aku...

YANGKU DAMBA BUKANLAH HARTA,BUKANLAH PANGKAT,BUKANLAH RUPA....TETAPI KERANA BUDINYA,PEGANGAN AGAMANYA DAN KETAATAN DIRINYA KEPADA ALLAH S.W.T....




Friday, September 23, 2011

NaSiHaT IMAM ABU HANIFAH teNtaNg kEhIduPaN...^^

"Ya Allah,mudahkanlah hatiku menerima nasihat dan mengamalkan perbuatan elok..."aamiin ya Robb...




Nasihat IMAM ABU HANIFAH....
  • Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan...
  • Jangan pula tamak dan berdusta,bahkan hendaklah sentiasa manjaga maruah..
  • Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf..
  • Sentiasa menziarahi kubur dan tempat-tempat berkat...
  • Bercampur dengan orang yang tak baik hanya untuk menyeru ke jalan Allah S.W.T...
  • Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain...
  • Bersegera ke masjid setiap kali mendengar azan....
  • Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang telah diamanahkan...
  • Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu...
  • Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan...
Kredit by NURUL HUSNA(roomate)....

Maaf,aku tak SEMPURNA...^^



Aku hanya insan biasa seperti orang lain,yang punya perasaan dan hati...yang inginkan kehidupan yang sempurna..yang inginkan kecantikan yang kekal....salahkah aku inginkan semua ni?kenapa perlu salahkan aku kerana perasaan aku?perlu ke aku sembunyikan diri kerana aku tak seperti orang lain?kenapa dunia tak nak terima aku?dosakah aku kerana kewujudan aku?hinakah aku?

Mak,maafkan aku kerana aku tak sempurna,ayah terimalah aku seadanya...kerana aku perlukan kasih sayang darimu...aku perlukan dambaan yang boleh memanaskan tubuhkan dikala aku kedinginan...aku perlukan pelukan yang boleh mententeramkan jiwaku...aku perlukan ciuman yang halal bagiku...kerana aku anakmu...aku berhak meminta darimu...

Kawan,jangan salahkan aku atas kejadian untukku...hargailah aku...sesungguhnya aku perlukan sokongan darimu...dekatilah aku seperti insan lain,jangan engkau jauhi aku...peganglah erat tanganku walaupun aku tak seperti sahabatmu yang lain...jangan kau lukakan hatiku...kerana aku inginkan sahabat sejati...yang boleh menemani aku dikala sunyi....

Kekasihku...aku tahu engkau malu bersamaku...tak layakkah aku terima cintamu?jangan lah jauhkan diri dariku kerana aku sangat menyayangimu...seperti kembangan bunga di taman,seperti riuh burung di angkasa,seperti laluan awan yang tiada hentinya...kasihku...jangan engkau tolak cintaku...aku perlukan pengorbanan dan kesanggupan dirimu tuk menjadi watak dlm hidupku....




Ya Allah....Engkau berilah kekuatan untukku...untuk aku kuat dan tabah menjalani kehidupan...kuatkanlah semangatku...supaya aku tidak lalai dengan nikmat-Mu...nikmat yang telah Engkau berikan kepada hamba-Mu...Ya Allah,berilah aku hidayah-Mu,supaya aku sentiasa beribadah kepada-Mu...janganlah Engkau sesatkan aku...janganlah Engkau jahilkan aku...sesungguhnya aku amat takut akan neraka-Mu....lindungilah aku daripada sebarang kecelakaan dan kealpaan...sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Mu Ya Allah...Tuhan sekalian alam...Tuhan yang menciptakan aqal dan fikiran ,Tuhan yang menjadikan langgit dan bumi,yang menjadikan kesempurnaan di dunia ini.....Alhamdulillah,aku bersyukur....