Wednesday, January 9, 2013

SEMESTER BARU..!


Assalamualaikum

           Dah lama aku tak update blog, macam-macam sarang dah ada kat sini... (-_-)!!
sekarang ni busy sangat ngan kerja2 and assigment2 yang tak penah2 siap.. semester ni semester last, semester depan dah kena pergi LI(latihan industri), ntah apa lagi dugaan nanti..harap-harap semuanya ok lah.. baru je langkah kaki masuk semester baru, dah macam2 berita or keadaan yang tak menyenangkan jadi.. masalah air lah, kes bunuh diri lah.. tapi apa-apa pun, semua tu akan selesai jugak tak kisah cepat atau lambat.. Insha Allah

Friday, November 16, 2012

Exam...exam...exam!


Assalamualaikum

Ya Allah, dah lama aku tak menaip..sibuk sangat semester ni,dengan final projek yang tak penah-penah nak selesai, minggu depan dah final exam dah..harap-harap Allah permudahkan semua urusan hamba-hamba-Nya..dekat-dekat final exam ni banyak yang kena study dan ulangkaji balik, kalau sebelum ni boleh la main-main tapi sekarang ni dah tak boleh dah, tinggal 2 sem je lagi..boleh kata lagi 1 sem lah sebab lagi 1 sem tu nak pergi LI(latihan industri), jadi sekarang ni lah nak "pulun" untuk naikkan lagi pointer..banyak sangat main daripada study, bila nak study malas plak..aduhai..heheh..apa-apa pun moga boleh buat yang terbaik dalam final nanti, boleh jawab semua soalan dengan mudah..InsyaAllah..

" Ya Allah ya tuhan kami, Engkau permudahkanlah segala urusan kami didunia dan diakhirat,  Engkau tetapkanlah iman kami, moga kami sentiasa beribadah kepada-Mu dan tergolong dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang beriman,  Ya Allah, Engkau lapangkanlah dada kami, limpahkanlah nur-Mu kepada kami, semoga kami sentiasa bersyukur kepada-Mu ya Allah, semoga kami selalu melakukan kebaikan hanya kerana-Mu ya Allah..sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan Mu ya Allah..amiin ya robbalalamin "

Monday, October 8, 2012

Makna Bacaan Dalam Solat!



Makna dalam bahasa melayu jika kita dapat menghayati dan faham makna nya... SubhanALLAH Alhamdulillah Walaa illaha illallah Allahu Akbar betapa khusuk solat kita Insya ALLAH...
Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.


Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.