Monday, May 7, 2012

Kawin


Assalamualaikum

Aku buka je facebook,citer sal kawin,buka je blog,sal kawin jugak.Semua suka cakap sal kawin kan.Tak kisah lah orang muda ke,tua ke,remaja,sampai ke kanak-kanak,bila cakap je sal kawin,kita mesti akan rasa gembira,suka dan rasa berbunga je.Hari tu classmate aku masa form 6 bertunang,tak tahulah meriah ke tak,aku tak pergi pun.Tak apalah,yang penting dia happy ngan pasangan pilihan dia.Dia dah jumpa pilihan dia,aku bila lagi..heheh..belajar dulu,pastu baru fikir sal kawin.


emm...nak kawin gak lah..


Nak kawin ni bukan setakat zahir je yang kena cantik tapi batin pun kena gak cantik.Bukan je cantik dari segi paras rupa tapi dari segi agama,ilmu,amalan,akhlak,budi pekerti dan macam-macam lagi lah.Lau nak citer sal ni memang dua tiga page pun tak kan habis.Aku bukanlah kata rupa 2 tak payah nak cantik,kena lah jugak,jangan lah sampai muka pun cam baru keluar dari kepulan asap,tu rasanya dah melampau kot.Kenalah berhias tapi berpada-padalah.Berhias hanya untuk suami je,ingat tu.


kecantikanku hanya untuk suamiku


Kawin ni bukan setakat seks je(sori tau),tapi berkongsi semua susah dan payah kehidupan alam perkahwinan.Nak kawin bukannya cam nak pergi makan angin kat Pulau Langkawi,lepas 2 bawak balik kenangan manis dan lupa tapi sepanjang hayat kena tengok muka yang sama dan tidur dengan orang yang sama.Sebab tu lah ada dalam kalangan kita yang dah tak tahan nak berhadapan dengan pasangan,mula mencari alasan untuk bercerai.Tu bergantung jugak samada betul ke dia tu pasangan kita sepanjang hayat atau separuh je hayat kita.Itu ketentuan yang telah Allah tetapkan tuk hamba-hamba-Nya,jadi kita tawakal je lah.




Kita kenalah buat pilihan yang terbaik sebelum kita nak mencari pasangan,bukan dengan butakan mata je.Ikut kata hati dan mata,aqal yang berfikir pun dah dipengaruhi mata.Boleh mengundang bahaya 2,akibatnya jadilah cam yang kita baca sekarang ni,cerai sana sini,suami saman menyaman,zina,curang dan macam-macam lagi.Hal tu lah yang kita tak nak jadi,sebab tu lah macam-macam pendakwah lakukan untuk gitau kat semua masyarakat betapa pentingnya   kawin mengikut Islam dan memilih pasangan yang berilmu dalam beragama.Bukan pangkat je besar,ilmu dunia cukup tinggi,harta bertimbun-timbun,rupa yang subhanallah tetapi ilmu agama jahil sangat-sangat dan tak nak belajar.

Apa-apa pun kita kenalah sedar semua ni supaya kita tak menyesal di kemudian hari..sama-samalah kita renung-renungkan dan beramal ye..pesanan ni aku ambil dulu..Moga-moga ada yang terbaik untuk kita..Insya-Allah


Wassalam

Saturday, May 5, 2012

Nikmat


Assalamualaikum

Malam yang damai ni mengingatkan aku tentang betapa nikmatnya pemberian yang Allah berikan kepada kita.Tiupan angin malam boleh menenangkan hati yang kian berkocak dengan arus dunia yang bisa menggoyahkan kekuatan iman sesiapa saja yang merasainya.Bintang yang bercahaya,sinarannya menyuluh seluruh ruang angkasa.Tanpa kita sedar keadaan alam sepanjang hidup yang penah kita lalui.




Malam ni mengingatkan aku pada masa lalu,di saat aku baru mengenal kehidupan.Merangkak mencari penyuluh yang terang.Ketika aku masih dibuai oleh tangan yang kini kian lemah dan kasar.Batapa aku ingin kembali pada masa yang lalu,saat aku tidak mengenal erti susah dan payah ranjau kehidupan yang ketika ini aku lalui.Penyesalan yang akan menjadi sia-sia walaupun aku merintih mahupun meraung.

Pernah tak kita sedar akan nikmat pemberian ini.Aku terlalu alpa dengan dunia yang hanya sementara sedangkan di sana(akhirat) yang akan kekal abadi.Masa yang diberi tidak dihargai,bila menghilang mulalah mencari,tetapi adakah masa itu masih menanti atau sudah terlalu jauh melangkah pergi.Hati aku berbisik sendiri,banyakkah amalan yang akan aku bawa ke sana nanti?akalku tak dapat menberi jawapan,hanya Tuhan yang maha mengetahui.

Kadang-kadang apa yang kita lalui mengajar kita untuk menghargai sesuatu yang kita miliki.Hidup ni tak seindah yang diimpi.Adakala terjadi seperti yang dihajati tetapi terlalu banyak yang tak menjadi.Sudah sifat manusia,suka meminta itu dan ini,bila tak dapat yang diingini,mulalah memaki dan menganggap diri tak disayangi.Mendiamkan diri untuk tunjuk tanda tak puas hati,yang memujuk merana sendiri,tak tahu apa yang telah terjadi.

Aku menulis bukan mengeji,sekadar hendak betulkan diri.Silap yang sikit boleh dimaafkan tetapi salah yang banyak sukar untuk kita perbetulkan.Diharap nanti kita akan sedarkan diri dari koma yang berpanjangan dan tidak akan berlanjutan.Pohonlah doa pada yang Maha Mengetahui,moga ada jalannya nanti.Hidup di dunia ibarat batu loncatan untuk kita bahagia di hari akhirat nanti,moga mendapat keberkatan Illahi...Insya-Allah


Wednesday, May 2, 2012

kelebihan SOLAT DHUHA



Fadilat Dhuha

Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:


1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


2. Kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).


4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Kaifiyat Dhuha


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:


”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.


Doa selepas solat DHUHA...


“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, sekiranya rezeki kami di atas langit, turunkanlah, sekiranya dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, mudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebaikan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.”